Wasabi adalah bahan masakan yang popular di Jepun. Ia berwarna hijau dan biasanya dimakan sebagai sos bersama sashimi (hirisan ikan mentah). Mungkin juga ia terkenal kerana ia sangat pedas, tetapi kepedasannya begitu unik.
Kepedasannya tidak terasa di lidah seperti cili, tetapi terus ke laluan pernafasan dan agak sakit juga. Walaupun begitu, ia bertahan selama beberapa saat sahaja. Jika tidak pernah merasainya, hati-hatilah dengan pes hijau ini yang dihidangkan bersama masakan Jepun yang tertentu.
Namun, apa yang tidak diketahui ialah asal-usul pes hijau yang misteri ini. Ia datang dari sejenis akar yang membesar secara asli di kawasan lembap, tetapi pada hari ini terdapatnya industri pertanian yang dikhaskan untuk menanam tumbuhan ini.
Untuk mengekalkan rasa pes wasabi yang segar dan asli, ia perlu memarutnya dengan pemarut. Sesetengah orang Jepun lebih gemar menggunakan alat tradisional yang diperbuat daripada kulit ikan jerung dengan kulit lembut di sebelah sementara kulit yang kasar di bahagian lain.
Daun wasabi juga boleh dimakan dan mempunyai sedikit rasa pedas akarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan