Rabu, 19 Mei 2010

Lelaki ditangkap tabur duit di lebuh raya

Tokyo – Seorang lelaki Jepun ditangkap kerana membuang wang kertas bernilai lebih 2 juta Yen di sebatang lebuh raya sibuk di Negara itu.

Lelaki berusia 49 tahun itu dilihat oleh beberapa pemandu kenderaan sedang membuang wang kertas ke udara berhampiran sebuah pondok tol di Lebuh Raya Higashi-Meihan dalam wilayah Aichi.

Wang kertas dibaling itu bernilai 10 ribu yen (RM 350) setiap satu.

Polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan daripada seorang pemandu.

Pihak berkuasa kemudian Berjaya mengumpulkan sejumlah 2.77 juta yen (RM 92, 923) yang dijumpai semula atau diserahkan oleh orang ramai di kawasan itu.

Bagaimana pun, keluarga lelaki itu mendakwa dia meninggalkan rumahnya dengan membawa lebih 7 juta yen dalam kocek seluarnya, lapor Kyodo News.

Tiada ulasan: