Ahad, 23 Mei 2010

Hasegawa Melukis Manga Raideen

Dipetik dari Komik Arena 20hb Mei 2010

Penghasil manga Yuichi Hasegawa telah mengumumkan dalam blognya bahawa dia akan melancarkan manga baru bertajuk Raideen yang merupakan ‘spin-off’ bagi siri bertajuk God Bird dalam majalah Comic Rush isu Julai nanti.

God Bird merupakan mode pertukaran siri anime Brave Raideen (1975-1976). Manga baru ini menandakan ulang tahun ke-35 super robot ini yang juga pernah diarahkan oleh penghasil Gundam, Yoshiyuki Tomino.

Sebelum ini Hasegawa pernah menghasilkan manga dan anime MAPS. Selain God Bird, manga lain yang berasaskan robot ialah Gundam vs. Ideon: Counterattack of Gigantis, Mobile Suit Crossbone Gundam, Mobile Suit Victory Gundam Side Story dan Choju Kishin Dancougar Burn.

Tiada ulasan: