Rabu, 26 Mei 2010

Nagatsuka Kyozo Mangsa Kecurian


Pelakon veteran Nagatsuka Kyozo adalah antara mangsa kecurian besar-besaran yang berlaku pada bulan lalu.

Menurut pihak polis, seseorang telah memecah masuk ke dalam 20 buah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di sebuah hotel Tokyo antara jam 2.30 pagi dan 3.30 pagi pada 30 April.

Salah sebuah kenderaan telah dicuri, sementara 19 buah lagi dipecahkan tingkap dengan anggaran barangan bernilai 1.63 juta yen (RM 14 ribu) telah dicuri.

Kereta Nagatsuka adalah antara 19 buah kereta itu dan telah mengalami kerugian sebanyak 6, 500 ribu yen (RM 55) termasuklah sebuah patung.

Tiada ulasan: