Rabu, 31 Mac 2010

Arashi Memecahkan Rekod Jualan ½ Juta dalam 7 Hari

Dipetik dari Komik Remaja 29 Mac 2010

Sekali lagi pendominasian Arashi dibuat dengan single mereka. Troublemaker yang dikeluarkan pada 3 Mac telah dijual sebanyak 542,000 salinan di minggu pertama lantas mencipta rekod jualan baru untuk tahun ini.

Pada tahun lalu, Ashita no Kioku/Crazy Moon juga telah memecahkan rekod jualan setengah juta dalam minggu pertamanya. Pencapaian seperti itu membuktikan mereka sudah tidak boleh dicabar lagi oleh kumpulan lelaki yang lain di Jepun.

Koyama Keiichiro Jadi Wartawan

Dipetik dari Komik Remaja 29 Mac 2010

Sebelum ini NTV mengumumkan bahawa rancangan malam harian mereka, NNN News Realtime akan digantikan dengan program baru yang dipanggil News Every.

Kini dengan lebih maklumat yang telah didedahkan termasuklah ahli kumpulan NewS, Koyama Keiichiro adalah salah seorang wartawan rancangan itu.

News Every akan menampilkan Fujii Takahiko sebagai pembaca wartawan utama, dengan pengulas sukan Jinnai Kimiko dan pembaca berita Maruoka Izuma juga akan muncul.

Koyama akan muncul sekali seminggu untuk menyampaikan kisah tentang minat manusia.

Rancangan ini bermula pada 29 Mac (kelmarin) dan menggunakan slot masa yang sama dengan NNN News Realtime dengan Koyama dijadualkan muncul pada setiah hari Khamis.

Yoshiki Memfailkan Saman

Dipetik dari Komik Remaja 29 Mac 2010

Ketua Kumpulan X Japan, Yoshiki telah bercakap secara terang untuk kali pertama berkenaan samannya ke atas Nexstar Corporation.

Pada 10 Mac, dia menyaman syarikat produksi muzik Tokyo tersebut di Mahkamah Daerah Tokyo dengan menuntut ganti rugi sebanyak 375 juta Yen (RM 13.7 juta).

Sejak tiga tahun selepas X Japan kembali, syarikat itu dipercayai berhutang sebanyak 600 juta Yen (RM 22 juta) dari segi bayaran persembahan dan royalti, begitu juga 300 juta Yen (RM 10 juta) untuk tiket serta barangan khas dari 10 konsert.

Bercakap dari pejabatnya di Los Angeles, dimana dia sedang menjalankan rakaman, Yoshiki berkata, “Kepercayaan antara kami telah pun hilang.”

Nexstar masih ada kes yang belum selesai dengan Glay, sebuah lagi kumpulan gergasi J-Rock dengan masalah perundangan.

Kes itu difailkan pada tahun 2005 dan kegagalan untuk menyelesaikannya telah mendorong keputusan Yoshiki untuk membawa masalah X Japan dengan syarikat itu ke mahkamah.

Isnin, 29 Mac 2010

Dah lama tak update blog.

Oleh: Merkia

Aduh... Hampir sebulan aku tak update blog aku. Maklumlah, keuzuran menghalang untuk menjalankan kegiatan blogger.

Berita-berita sensasi dari negara Jepun yang selalu aku isi di dalam blog ini juga tergendala akibat keuzuran tersebut. Walau bagaimana pun, aku bersyukur yang aku kembali sihat dan bertenaga.

Mulai bulan depan (April), kegiatan ini akan kembali mewarnai arena dunia blog walau pun hanya aku seorang sahaja yang menikmatinya. Oleh itu, marilah menikmati berita sensasi yang berkait rapat dengan Jepun bersama saya (terutama golongan otaku). Wasalam...