Ahad, 13 Mac 2016

Manga Assasination Classroom Bakal Tamat?!



Dalam majalah Weekly Shonen Jump untuk isu bulan Mac telah mengumumkan bahawa manga Assasination Classroom akan tamat selepas lima bab. Manga karya Yusei Matsui yang dalam bahasa Jepun diberi tajuk Ansatsu Kyoushitsu ini telah dilancarkan sejak tahun 2012 dimana sehingga Mac 2015, sebanyak 13 jilid telah diterbitkan dan telah dijual sehingga 10 juta salinan.

Majalah Weekly Shonen Jump untuk edisi ke-16 ini juga turut mengumumkan bahawa edisi ke-12 nanti akan menampilkan "misi terakhir" dan "kesudahan dari pertempurannya" serta terdapat "pengumuman yang amat penting" untuk Assasination Classroom.

Selain itu, Nobunaga Shimazaki akan turut membawa peranan dalam animenya sebagai watak God of Death dan Kotono Mitsushi sebagai Hiromi Shiota.

Adakah anda mendapat meneka pengakhiran manga Assasination Classroom ini?


Filem Anime Black Butler Terbaru



Tahun 2017 akan datang, filem anime Black Butler terbaru bertajuk Black Butler: Book Of The Atlantic bakal ditayangkan di Jepun.

Filem anime yang diadaptasi dari manga karya Yana Toboso ini akan mengambil jalan cerita dari karya Ship Voyage yang terdapat dalam manga jilid 11-14.

Filem anime Black Butler terbitan A-1 Picture ini akan diarahkan oleh Noriyuki Abe (Black Butler: Book of Circus, Heroic Legend of Arslan) dan Hiroyuki Yoshino (Code Geass) selaku penulis skrip.