Isnin, 28 April 2014

Pedang Bilah Terbalik Sebenar!


Bermula bulan lepas, pedang bilah terbalik pertama yang sebenar akan mula dipamerkan di Muzium Sejarah Tempatan yang terletak di Shiroi, Chiba.
 
Diberi jolokan Sakabatou kerana mirip dengan pedang yang muncul di dalam siri Rurouni Kenshin (Nobuhiro Watsuki), pedang ini dikatakan hanya rekaan sehinggalah muncul di Shiroi pada tahun lalu.
 
Pedang ini ditemui pada Oktober lalu oleh keluarga Kawakami di dalam gudang miliknya dan dikatakan berasal dari Zaman Edo. Ianya sepanjang 28.2 cm dengan bilah sepanjang 22.6 cm.
 
Keluarga Kawakami telah diberi tugas menjaga kuda dan lembu oleh Shogun pada waktu itu dan memiliki pelbagai jenis artifak dari zaman tersebut. Disebabkan kesukaran untuk menemui pedang seperti ini, berdasarkan saiz dan kedudukan bilahnya, pedang ini tidak pernah dimasukkan ke dalam pendaftaran rasmi pedang Jepun!
 
Oleh sebab itu, mesyuarat ahli jawatankuasa khas telah diadakan pada penghujung bulan lalu untuk membincangkan sama ada pedang ini layak atau tidak diberikan status Harta Kebudayaan Wilayah Chiba.
 


Anime Larangan Merokok! 未成年者喫煙防止「たばこはダサい」



Wilayah Okayama telah mengeluarkan DVD anime pendidikan yang memberi nasihat kepada golongan remaja supaya tidak merokok.
 
Video ini bermula dengan pemain bola keranjang sekolah tinggi yang sedang melihat teman perempuan sekelasnya.
 
Tetapi, staminanya ketika berlatih menjadi semakin teruk akibat tabiat merokoknya. Apabila wanita yang disukainya serta teman baiknya mendapat tahu dia merokok, mereka tidak dapat dating melihatnya berlatih.
 
Menurut kajian pada tahun 2010, kira-kira 3.3 peratus pelajar sekolah tinggi lelaki dan 1.2 peratus pelajar sekolah tinggi perempuan di Wilayah Okayama merokok.

Wilayah ini menetapkan matlamat untuk menyingkirkan sepenuhnya tabiat merokok yang merbahaya dikalangan pelajar sekolah.
 

 

Anime Sambut Ulangtahun Ke-100 Stesen Tren! アニメ「時季(とき)は巡る~TOKYO STATION~」予告30秒



Studio animasi A-1 Pictures telah menghasilkan siri anime khas bertajuk “Toki wa Meguru~TOKYO STATION” (Time Flows~Tokyo Station) sempena menyambut ulangtahun ke-100 stesen tren Tokyo Station City.
 
Video promosi berdurasi 30 saat telah ditayangkan dan menampilkan lagu tema bertajuk “Toki wa Meguru” (Time Flows) oleh Yu Sakai (Nodame Catabile: Finale). Siri anime ini bakal ditayangkan pada musim bunga akan dating.
 
Video ini turut menampilkan dialog: “Ayah… Pasti lebih baik kalau kita lebih banyak berbual, huh?”
 
Emak kata: “Awak tahu tak, ayah awak adalah dewa yang menjaga masa di Tokyo Station. Saya tertanya… Adakah masa telah terhenti sejak hari itu?”
 
Tokyo Station mencatatkan laluan tren tertinggi di Jepun setiap hari (kira-kira 3 ribu). Rancangan pembinaan untuk stesen ini bermula seawall 1889 tetapi pembinaan ditangguhkan berikutan First Sino-Japanese War dan Russo-Japanese War.
 
Stesen ini mula dibuka pada 20 Disember 1914 dengan hanya empat platform. Stesen ini alami banyak kemusnahan semasa Perang Dunia Kedua tetapi dibaik pulih pada 1946.

Baik pulih pada lima tahun lalu telah membina semula reka bentuk sebelum perang termasuklah bumbung berbentuk kubah yang turut terdapat di dalam video promosi ini

 
 

Rabu, 23 April 2014

Gadget: Jam Sushi

Harga: USD$489.99 (-/+RM1,620.00)
 
Dulang hidangan sushi ini memang kelihatan begitu menyelerakan tetapi jangan salah faham, kerana ia sebenarnya adalah jam dinding!
 
Jam dinding sushi ini mempunyai diameter 33 cm, setinggi 6 cm dan seberat 1,450 gram. Ia dihasilkan daripada plastic keras dan dari rupa bentuknya, ia dihasilkan dengan begitu teliti sekali.
 
Jarum jam dihasilkan daripada kayu dan ia dilapisi dengan akrilik setebal 2 mm. Setiap satu daripada jam dinding ini disertakan bersama dengan bateri dan dibungkus di dalam kotak khas.

 

Gadget: Sushi Solar...!

Harga: USD$104.00 (-/+RM344.00)
 
Adakah anda gembira menikmati apabila alat solar ini menggoyangkan kepalanya ke hadapan serta ke belakang dan tidakkah ia begitu comel?
 
Jadi, anda patut dapatkan solar Sushi Dancers atau Penari Sushi Solar ini yang akan menari sepanjang hari, semuanya tanpa perlu bantuan sesiapa. Semuanya atas bantuan cahaya.
 
Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meletakkan berhampiran dengan sumber cahaya. Ia didatangkan dengan empat pilihan yang menarik iaitu Ebi, Ikura, Majuro dan Tamago.
 
Untuk keterangan lanjut tentang alat solar ini, sila lawati laman web Amazon.
 
 

Rabu, 16 April 2014

Semua Serangan Penamat Kamen Rider Dalam Satu!



Sebelum tayangan filem Heisei Rider Vs Showa Rider: Kamen Rider War feat. Super Sentai bermula, Toei ada memuat naik dua klip istimewa ke saluran rasmi YouTube. Klip-klip ini ialah kompilasi video serangan penamat para Kamen Rider era Showa dan juga Heisei.

Klip pertama menampilkan No.1 hingga J manakala klip kedua ialah Kuuga hingga Gaim. Saksikanlah juga klip kedua kompilasi serangan penamat Kamen Rider di: http://tiny.cc/itbpcx
 

Ultraman Jadi Wira Insuran



Baru-baru ini, Ultraman Neos telah muncul dalam iklan insuran State Farm di China.

Ultraman Neos telah membantu sepasang ibu dan anak yang mengalami kemalangan trafik dengan urusan insuran mereka.

Ultraman Neos pada mulanya dihasilkan sebagai Siri Ultra Ke-17 tetapi projek tersebut tidak Berjaya dan akhirnya dilancarkan dalam bentuk terus ke video pada November 2000.
 
 

Avatar Ulang Tahun Ke-50 Ultraman Di Xbox Live


Microsoft telah memasukkan ciri-ciri Ultraman  ke dalam Xbox Live Marketplace sempena ulang tahun ke-50 wira keadilan gergasi dari Nebula M78.

Pengguna perkhidmatan tersebut boleh mengubahkan avatar mereka kepada imej yang bertemakan Ultraman. Item-item ini muncul sebagai koleksi dibawah kategori Lifestyle. Pelbagai pilihan telah ditawarkan kepada avatar pengguna Marketplace termasuklah baju, topi, haiwan peliharaan maya berdasarkan kaiju, baju-T bercorak Hanuman serta kostum Ultraman, Ultraseven, Ace dan Taro.

Selain daripada itu, tawaran paling menarik ialah Ultraman Transformation Prop yang membolehkan avatar pengguna bertukar menjadi Ultraman dengan Beta Capsule.

Semua item ini dijual dengan harga diantara USD$0.99 (-/+RM3.20) dan USD$1.99 (-/+RM6.40)