Studio animasi
A-1 Pictures telah menghasilkan siri anime khas bertajuk “Toki wa Meguru~TOKYO
STATION” (Time Flows~Tokyo Station) sempena menyambut ulangtahun ke-100 stesen
tren Tokyo Station City.
Video promosi
berdurasi 30 saat telah ditayangkan dan menampilkan lagu tema bertajuk “Toki wa
Meguru” (Time Flows) oleh Yu Sakai (Nodame Catabile: Finale). Siri anime ini
bakal ditayangkan pada musim bunga akan dating.
Video ini turut
menampilkan dialog: “Ayah… Pasti lebih baik kalau kita lebih banyak berbual,
huh?”
Emak kata: “Awak
tahu tak, ayah awak adalah dewa yang menjaga masa di Tokyo Station. Saya
tertanya… Adakah masa telah terhenti sejak hari itu?”
Tokyo Station
mencatatkan laluan tren tertinggi di Jepun setiap hari (kira-kira 3 ribu).
Rancangan pembinaan untuk stesen ini bermula seawall 1889 tetapi pembinaan
ditangguhkan berikutan First Sino-Japanese War dan Russo-Japanese War.
Stesen ini mula
dibuka pada 20 Disember 1914 dengan hanya empat platform. Stesen ini alami banyak
kemusnahan semasa Perang Dunia Kedua tetapi dibaik pulih pada 1946.
Baik pulih pada lima tahun lalu telah membina semula reka bentuk sebelum perang termasuklah bumbung berbentuk kubah yang turut terdapat di dalam video promosi ini
Baik pulih pada lima tahun lalu telah membina semula reka bentuk sebelum perang termasuklah bumbung berbentuk kubah yang turut terdapat di dalam video promosi ini