Isnin, 26 Disember 2016

Kimi No Na Wa (Your Name), Calon Anugerah Academy?

Filem anime popular, Kimi No Na Wa bakal dihantar untuk pencalonan Anugerah Akademi Ke-89 di dalam kategori animasi.

Menurut pemegang hak cipta anime ini di Amerika, Funimation, jika pencalonan diterima, maka anime arahan Makoto Shinkai ini akan menjadi salah satu calon untuk anugerah yang juga dikenali sebagai Oscar ini.

Kutipan untuk filem ini melebihi 17.9 juta Yen (+/-RM714,363) dan menduduki tempat ke-7 dalam filem anime dengan kutipan tertinggi dan diantara filem Jepun yang menduduki tempat ke-4 dengan kutipan tertinggi dalam sejarah.

Filem Tamagotchi Kembali Setelah 9 Tahun!

Setelah 9 tahun sejak filem terakhirnya ditayangkan, filem Tamagotchi akan kembali semula di Jepun pada sambutan Minggu Emas pada tahun 2017.

Filem anime bertajuk Eiga Tamagotchi No Otodoke Daisakusen! ini merupakan filem ketiga Tamagotchi. Tamagotchi merupakan alat permainan fenomena yang terjual sebanyak 40 juta unit di seluruh dunia dalam masa 2 tahun sejak dijual buat pertama kalinya pada November 1996.

Di Jepun sendiri, selain dua buah filem, Tamagotchi turut dijadikan siri anime yang ditayangkan pada tahun 1997 sehingga 1998.

Filem terbaru Tamagotchi ini dibuat dalam rangka merayakan sambutan ulang tahun ke-20 dan Shimura Jouji dipercayai terpilih menjadi pengarah untuk filem anime ini yang diterbitkan oleh OLM Inc. Karakter Mecchi sendiri dibawakan Rie Kugimiya.


Isnin, 19 Disember 2016

Comic Fiesta 17-18 Disember 2016

Dalam pertengahan bulan Disember ini, budget untuk berbelanja di Comic Fiesta yang berlangsung di markas utama Umno iaitu Pusat Perdagangan Dunia Putra, PWTC terpaksalah dihadkan. Ini disebabkan sejak kebelakangan ini banyak duit perlu digunakan bagi melangsaikan hutang, bayar bill serta duit kutu. So, terpaksalah berkorban untuk tahun ini.

Sejak pukul 7.30 pagi mereka dah berkumpul
Melimpah ke tepi jalan PWTC
Wajah-wajah yang penuh harapan
Selepas dibenarkan masuk, kena berlarilah naik ke atas
Nak dekat kaunter tiket, masih tak bergerak lagi
Dapat juga tiket untuk hari Sabtu
Foto pertama, Arrow
A couples...
Jangan cakap Akak tak payung...
Original...
A second couples...
The card players...
The originals couples...
The angels of death...
Cuba teka, original atau trap?
From Hogwarts Academy 
Noct from Final Fantasy 15
Snakes woman...
Yang sebelah kiri gambar, Rory Mercury dari Gates S1 & S2
Elf swordman
Swordman from the east.
The red knight
Tertekan snap gambar pula. Nak buang, rugi pula. Epic gambar ni
Yang sebelah kiri gambar tu dari X-man. Yang kanan tu....?
Knght of Poseidon
Female archery...
Hes look like Bakara Markets Heroes
Terserempak sepupu...
Meet Mr. Danny Choo
Dah macam jaga kaunter tiket penerbangan
From Tomb Rider?
Rem. Original or trap?
Camera tetiba buat hal. Skrin bertukar hijau
From anime Akagami no Shirayuki-hime
Anak hantu galah
Khadam Santa Claus
Mat Saleh pun ada
Berbeza dari FF15. In reality, not big enough
Aksi pertama 
Aksi kedua. Tunggu, sat. Yang hijau tu Spiderman ke?
My wish...
Mouse pad untuk mereka yang sangap
Promosi movie terbaru
Hu..hu... Tak ada budget nak beli
Rambang mata...
Terra Living. Taman mini dalam rumah
Terra Living. Demo membuat taman mini
Niat asal nak lepak di situ sambil menengok maid cafe. Tak jadi sebab melimpah orang beratur
Lunch-On. Itadakimasu...
Lepas lunch, sambung tour...
Hasil tangan Mr. Danny Choo
Pemandangan atas...
Pandangan atas di ruangan konsert
Layan konsert sekejap..
Inilah wajah aku sebenar
Dapat bookmark percuma...
Beg sekolah & potret aje yang aku mampu.
Planning tahun 2017, nak produce beg sekolah jepun dengan harga dibawah RM 40. Harga asal adalah RM 60.