Jumaat, 31 Disember 2010

Fakta Menarik Blue Samurai

  • Peminat Jepun sudah menghantar petisyen yang mengandungi seribu tandatangan serta nama mereka kepada FA Jepun bagi mendesak pemecatan jurulatih, Takeshi Okada. Beliau mengendali skuad Jepun pada 1998 tetapi mereka hanya mampu menjaringkan satu gol sepanjang tiga kekalahan.
  • Jepun mendapat jolokan The Blue Samurai. Latar belakang jersi mereka menggambarkan corak sehelai daun – merujuk kepada kod rahsia Samurai iaitu Bushido yang membawa makna ‘daun yang tersorok’.
  • Pemain tengah Espanyol, Shunsuke Nakamura sudah mempunyai bintang tersendiri di cakerawala – Bintang 29986 Shunsuke – dinamakan sempena namanya.
  • Bekas kapten Tottenham, Steve Perryman berkata teknik yang diamalkan Nakamura cukup sempurna dan berkara: “Dia mampu membuka tin kacang dengan kaki kirinya.”
  • Junichi Inamoto berkata dia sudah bersedia untuk beraksi bersama Galatasaray ketika musim 2006-7 kerana dia belajar makan banyak kebab ketika bermain untuk West Brom.
  • Warga Jepun cukup bangga dengan baju rasmi ala James Bond yang setiap satunya berharga STG 2 ribu (RM 9,640) yang akan dipakai pemain mereka di Piala Dunia. Seorang peminat fanatik mereka berkata: “Mereka mempunyai gaya ala wira filem 007. Mereka juga mengenakan kafling.”
  • Pemain pertahanan, Daiki Iwamasa adalah seorang guru matematik yang berkelayakan.
  • Pada Ogos tahun lalu, dua pasangan Jepun yang baru berkahwin mahu berbulan madu di Belanda semata-mata mahu berada dekat dengan Keisuke Honda (kini beraksi dengan VVV Venlo). Mereka berpeluang bertemu dengan ‘Kaiser Keisuke’ secara langsung di televisyen Belanda.
  • Keiji Tamada menganggap jaringannya ketika menentang Brazil pada Piala Dunia 2006 sebagai sesuatu yang lebih hebat berbanding seks. Katanya: “Kedua-duanya membawa kenikmatan yang hebat dan sukar untuk membandingkannya.”
  • Walau pun tidak pernah memenangi Piala Dunia dan melakar rekod keseluruhan dua kemenangan, dua seri dan tewas enam perlawanan, Okada berani melaungkan kenyataan bahawa mereka akan sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir.

Rabu, 22 Disember 2010

Seiyu Ryoka Yuzuki Akan Keluarkan Anime Original

Aktres Ryoka Yuzuki (Buso Renkin, AIR) telah mengumumkan dalaum akaun Twitter miliknya bahawa DVD yang ditawarkan pada acara Comic Market 79 akan mengandungi anime original.

DVD berkenaan, yang merupakan DVD pertama dihasilkannya, mengandungi sebahagian aksi benar serta anime. Turut dikeluarkan ialah buku yang menceritakan bagaimana anime tersebut dihasilkan.

Ahad, 12 Disember 2010

Tayangan Perdana Noruwei no Mori

Tayangan perdana Noruwei no Mori (Hutan Norway) atau Norway Wood bagi pasaran barat, telah diadakan pada 23 November yang merupakan hari cuti umum di Jepun.

Pengarah Tran Anh Hung, pelakon utama Matsuyama Kenichi dan Kikuchi Rinko serta beberapa pelakon lain turut hadir di majlis yang julung kalinya diadakan di kampus Universiti Waseda.

Mereka berjalan di atas karpet merah dan memberikan tandatangan kepada kira-kira seribu peminat yang muncul.

Mengulas tentang filem tersebut, Matsuyama berkata, "Ia adalah satu karya yang indah, hampir terlalu bagus untuk diucapkan dengan kata-kata. Saya sentiasa memberitahu diri saya, lakonan filem ini sempurna."

Ini adalah adaptasi layar perak pertama untuk novel Murakami Haruki yang paling laris dan telah diterjemahkan ke dalam 36 bahasa.

Universiti Waseda adalah sekolah Murakami dan juga lokasi filem tersebut. Filem tersebut yang menerima tepukan gemuruh dan penghormatan berdiri selama 3 minit ketika Festival Filem Antarabangsa Venice pada bulan September akan mula ditayangkan di Jepun pada 11 Disember.

Khamis, 9 Disember 2010

Bekas Idola Johnny's Jr. Muncul Dalam Manga

 Nanami Igarashi, bekas idola lelaki Johnny's Jr. dan anak kepada artis manga Yumiko Igarashi akan muncul dalam manga esei Wagahai wa Otokono Dearu! pada 27 November (dah lepas).

Tajuk manga ini bermaksud "Saya Ialah Otokono!" Otokono dalam bahasa Jepun ialah terma bagi budak lelaki dan lelaki yang memakai pakaian wanita.

Igarashi juga merupakan anak kepada aktor suara (seiyuu) terkenal, Kazuhiko Inoue. Buku ini mempunyai episod berbeza tentang kehidupan Igarashi yang cuba memahami dunia berperwatakan seperti wanita.

Ia bermula apabila dia secara rahsia mencuba pakaian cosplay dan kosmetik teman wanitanya dan kemudian rahsianya terbongkar. Buku ini juga memaparkan bagaimana dia belajar bersolek dan tentang ibu yang membesarkannya.


Isnin, 6 Disember 2010

Asian Kung-Fu Generation - After Dark

BUCK-TICK - Alice in Wonder Underground

Hashimoto Ai Membintangi Avatar Seram


Model dan pelakon berusia 14 tahun, Hashimoto Ai telah diberi peluang menjadi pelakon utama filem baru, Avatar yang diarahkan oleh Wada Atsushi.

Sudah tentulah filem ini tiada kaitan dengan filem 3D yang sama nama, tetapi ia sebuah filem seram yang berlatarkan sekolah tinggi. Di dalam filem tersebut, Hashimoto melakonkan watak Michiko, pelajar yang paling biasa dalam kelasnya.

Tetapi apabila dia mendapat avatar pelik dalam laman web sosial yang dipanggil Ava Q, sempadan identiti sebenar dan online menjadi kabur dan dia mengubah bentuk fizikalnya mengikut avatar tersebut. sehingga sanggup melakukan pembedahan plastik.

Semakin dia mempengaruhi rakan-rakan sekelasnya, dia mula melakukan pembunuhan demi kebaikan lama web tersebut.

Filem ini akan ditayangkan pada musim bunga 2011. Hashimoto Ai menyertai dunia hiburan pada tahun 2008 dan kini adalah model untuk majalah Seventeen. Dia membuat kemunculan filem sulungnya apabila membintangi Give and Go pada tahun 2009, tetapi lebih terkenal dengan lakonannya dalam filem Kohuhaku (Pengakuan) yang ditayangkan pada awal tahun ini.