Selasa, 16 Disember 2014

Attack On Titan Tampil Di Majalah Brutus

Majalah Brutus isu ke-70 telah menampilkan muka depan yang dilukis oleh pencipta Attack On Titan, Hajime Isayama.
 
Muka depan ini menampilkan watak Attack On Titan seperti (dari kiri) Jean, Connie, Eren, Mikasa, Sasha dan Krista yang berpakaian seragam sekolah Jepun di hadapan patung Saigo Takamori yang terletak di Ueno Park, Tokyo.
 
Majalah ini juga mengandungi temubual dengan Isayama, pratonton pameran Attack On Titan yang akan datang dan manga crossover Titan vs Avengers.
 
Manga ini akan berlatarkan bandar New York dan menampilkan Avengers bertarung menentang Female Titan. Majalah ini telah mula dipasarkan pada hujung bulan lalu.
 

Filem Dari Diari Terakhir Osamu Tezuka

 
Konsep yang digunakan dari diari mendiang pelopor manga iaitu Osamu Tezuka telah dijadikan inspirasi kepada Toile no Pieta (Bathroom Pieta), sebuah filem yang bakal ditayangkan pada musim panas akan datang.
 
Yojiro Noda, vokalis kumpulan rock Radwimps, bakal membintangi filem ini sebagai watak utama, Hiro Sonoda.
 
Sebelum meninggal dunia, Tezuka telah menulis diari di dalamnya:
 
“Saya ada idea yang hebat pada hari ini! Bagaimana dengan ‘Toile no Pieta’... Seorang pesakit yang diagnosis dengan barah berfikir adalah tidak munasabah untuk mati tanpa berbuat apa-apa, jadi dia mula melukis siling tandas bilik hospital... [...]penyucian dan pendakian. Ini adalah cabaran kepada dunia bagi seseorang yang sedang nazak!”

Daishi Matsunaga (dokumentari Pyuupiru) akan menulis dan mengarah filem dengan tema asas Tezuka tentang "betapa berharganya hidup". Shinji Ogawa (Norwegian Wood) dan Mario Amagi (Helter Skelter) menerbitkan filem ini.
 

Khamis, 4 Disember 2014

Novel Adaptasi Fiem Terakhir Naruto

Filem anime The Last - Naruto The Movie khabarnya telah diadaptasi ke dalam sebuah novel oleh Jump j Books. Novel ini akan ditulis oleh Maruo Kyozuka dan dijangka memasuki pada 8 Disember ini, dua hari selepas filem ini ditayangkan.

Dipetik dari Anime News Network, berikut adalah sinopsis untuk novel ini:

"Bulan sudah mula bergerak mendekati bumi! Bersama dengan itu, bulan akan terhempas dan meteorit akan mula menghujani permukaan bumi. Saat terakhir hari-hari di bumi semakin dekat, Hanabi Hyuga telah diculik oleh seorang lelaki misteri di Konoha. Lalu Naruto, Sakura, Sai, Shikamaru dan Hinata berangkat untuk sebuah misi mnyelamat! Dapatkah Naruto dan ang lain mengatasi krisis ini?"

Filem The Last - Naruto The Movie bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Disember 2014 dan Masashi Kishimoto diangkat sebagai penulis skrip, pereka karakter serta pemantau filem ini.

Sejak 2004 hingga 2012, sudah 9 buah filem telah dihasilkan berdasarkan kisah manga Naruto dan pada 2012, filem kesembilan berjudul Road To Ninja: Naruto The Movie meraih kutipan paling tinggi sepanjang sejarah francais Naruto.

Ditahan Kerana Jual Wang Dengan Muka Watak One Piece


Polis dari Bandar Misaki, Wilayah Okayama telah menahan seorang lelaki kerana menjual wang kertas yang mencetak pelbagai wajah waak dari siri manga One Piece.
 
Tomoaki Tanahashi yang berusia 45 tahun diakwa keraa melanggar undang-undang hak cipta. Tanahashi didakwa menjual wang kertas ini di laman web lelongan secara talian.
 
Wang kertas One Piece ini telah terjual sekurang-kurang empat kali diantara bulan Mac dan pertengahan bulan Ogos yng bernili 1500 Yen (+/-RM 44) setiap keping.
 
Menurut polis, mereka menemui 448 keping wang kertas ternasuklah wang kertas yang dilekatkan dengan watak-wata filem Frozen terbitan Disney di rumah suspek.