Sabtu, 25 Jun 2016

Filem Gantz: O, Lancar Video Teaser Pertama

Selepas menyiarkan beberapa visual terbarunya baru-baru ini, kini filem Gantz: O yang bakal ditayangkan di Jepun pada 14 Oktober nanti telah melancarkan video teaser pertamanya.

Filem animasi komputer grafik keluaran Digital Frontier ini telah diadaptasi dari manga Gantz (Kisah Osaka) hasil karya Hiroya Oku dan diarahkan oleh Yasushi Kawamura.

Sebelum filem Gantz: O, manga tersebut telah diadaptasi kepada siri anime dan dua buah filem aksi benar.

Juruanimasi My Neighbour Totoro Meninggal Dunia

Dunia filem anime Jepun kini sedang berduka apabila Makiko Futaki, juruanimasi dari Studio Ghibli yang telah menghidupkan karakter-karakter dari filem anime terkemuka seperti Princess Mononoke, Spirited Away dan My Neighbour Totoro dikhabarkan telah meninggal dunia. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 58 tahun.

Selama lebih 30 tahun Makiko menjadi juruanimasi dan menghasilkan ilustrasi yang tidak sesekali akan dilupakan. Beliau telah memberi sumbangan besar kepada dunia filem anime.

Sayonara, Makiko Futaki sensei. Karya-karyamu akan selalu diingati oleh semua orang!