Sabtu, 25 Jun 2016

Filem Gantz: O, Lancar Video Teaser Pertama


Selepas menyiarkan beberapa visual terbarunya baru-baru ini, kini filem Gantz: O yang bakal ditayangkan di Jepun pada 14 Oktober nanti telah melancarkan video teaser pertamanya.

Filem animasi komputer grafik keluaran Digital Frontier ini telah diadaptasi dari manga Gantz (Kisah Osaka) hasil karya Hiroya Oku dan diarahkan oleh Yasushi Kawamura.

Sebelum filem Gantz: O, manga tersebut telah diadaptasi kepada siri anime dan dua buah filem aksi benar.