Rabu, 14 Mei 2014

Memoir Penumpang Jepun Titanic Yang Terselamat Dipamerkan

Memoir peribadi Masabumi Hosono, satu-satunya penumpang Titanic berbangsa Jepun yang terselamat dipamerkan di Muzium Yokohama Minato dalam sebuah pameran khas bermula dari 19 April lalu.
 
Hosono adalah datuk kepada Haruomi Hosono, ahli kumpulan muzik techno berpengaruh besar Yellow Magic Orchestra (YMO). Pameran ini merupakan salah satu acara untuk meraikan ulang tahun ke-25 pembukaan muzium tersebut.
 
Dokumen dan bahan yang terselamat daripada tragedi Titanic amat jarang, tambahan pula kertas yang digunakan oleh Hosono untuk menulis memoir terdapat nama dan cop kapal tersebut.
 
Pada tahun 1912, Hosono yang berusia 42 tahun bertugas di bawah Kementerian Pengangkutan Jepun, menjalankan penyelidikan ke atas perkembangan sistem landasan keretapi di Eropah. Selepas tugasnya selesai, Hosono bercadang pulang ke Jepun melalui Amerika Syarikat.
 
Walaupun dirinya terselamat dalam salah satu tragedi terkenal dalam sejarah manusia, Hosono tiba di kampung halaman dengan kritikan hebat sedang menantinya.
 
Pihak orang awam, media malah kerajaan menghinakan keputusannya menyelamatkan diri dan berpendapat bahawa dia sepatutnya tenggelam bersama Titanic. Pada tahun 1939, Hosono meninggal dunia. Pameran memoir Hosono berlangsung sehingga 18 Mei ini.

Megan Fox Minat Jadi Sailor Moon!!

Megan Fox baru-baru ini telah ditemubual oleh Entertainment Weekly tentang pengalamannya membawa watak sebagai April O’Neil didalam filem terbaru arahan Michael Bay iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles.
 
Dengan mengakui dia seorang ulat buku, Fox turut bercakap tentang minatnya pada siri Ninja Turtles, malahan dia dengan suaminya Brian Austin Greem turut menonton filem ini ketika masih bertemu janji.
 
Apabila ditanya tentang adaptasi filem aksi sebenar yang dia mahu saksikan pada masa hadapan? Jawapannya adalah: “Gundam Wing... Pacific Rim seperti Gundam Wing, tetapi mereka patut hasilkannya. Bagaimana dengan Thunder Cats?”
 
Dia juga suka jika diri Sailor Moon diadaptasi dengan berkata: "Saya tidak tahu berapa ramai penonton Amerika sukakannya. Tetapi saya amat meminatinya. Cuma saya tak tahu betapa besarnya pengaruhnya di sini."
 
 

Polis Tokyo Perangi Penipuan Dengan Lagu Vocaloid

Pasukan Polis Metropolitan Tokyo mengambil keputusan untuk mengeluarkan lagu promosi khas untuk kempen menentang penipuan.
 
Dalam rangka untuk diterima komuniti internet, mereka ambil keputusan untuk menggunakan perisian Vocaloid yang bermakna idola Vocaloid iaitu Hatsune Miku akan menyampaikan lagu ini!
 
Buat masa ini, lagu kempen menentang penipuan ini masih belum mempunyai tajuk. Untuk memilih tajuknya, Polis Metropolitan Tokyo telah membuka cadangan menerusi laman Twitter rasmi dan sesiapa yang mempunyai cadangan boleh menghantarnya menerusi Tweet dengan hashtag# (Crime Control Song).

Ini bukanlah kali pertama mereka menggunakan perisian sintesis suara untuk tujuan promosi. Tahun lepas mereka telah mengeluarkan lagu tema untuk maskot rasmi Pipo-kun.