Rabu, 15 Mei 2013

Tom Cruise Bakal Bintangi Filem Yukikaze




Sumber berita hiburan Deadline melaporkan pelakon terkenal Tom Cruise (Top Gun & The Last Samurai) bakal terlibat di dalam sebuah filem aksi adaptasi daripada novel sains fiksyen oleh Chohei Kambayashi yang bertajuk Yukikaze.

Novel ini pernah diadaptasi ke permainan video oleh studio Gonzo pada tahun 2002-2005.

Di dalam novel ini, unit elit Special Air Force telah terlibat di dalam sebuah perang rahsia menentang makhluk asing yang gagal menakluk bumi menerusi portal dimensi di Antartika 33 tahun lalu.

Second lieutenant Rei Fukai terbang seorang diri di dalam satu misi bahaya ke tempat asal makhluk asing bersama pembantunya, Sylphid.

Warner Bros telah mendapatkan hak untuk mengadaptasi kisah ini disamping menyediakan modalnya. Erwin Stoff dan Tom Lassally (All You Need Is Kill) dari 3 Arts akan menerbitkan filem ini.

Kambayashi telah menghasilkan dua buah novel Yukikaze iaitu Sento Yosei Yukikaze (1984) dan Good Luck Sento Yosei Yukikaze (1999).

Cruise kini sedang sibuk di dalam pengambaran filem yang diadaptasi dari novel sains fiksyen All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka di bawah arahan Doug Liman (The Bourne Identity) dan filem terbaru Cruise yang bertajuk Oblivion berjaya mengutip US$ 61 juta (+/-RM 185 juta) dalam minggu pertama penayangannya.
 

Edisi Khas Hidangan Hatsune Miku




Sebuah kelab isitu Mado Lounge Spice yang terletak di kompleks Roppongi Hills, Tokyo telah membuka kafe Hatsune Miku tetapi hanya untuk masa yang terhad!

Kafe ini akan menawarkan hidangan dan minuman inspirasi daripada Hatsune Miku bermula 26 April hingga 16 Jun sempena mempertingati ulang tahun ke-10 Muzium Seni Mori.

Hidangan ini adalah inspirasi lagu Ievan Polkka oleh Hatsune Miku. 


Antara hidangan yang akan ditawarkan kepada pengunjung adalah 39 Curry (Kari 39) yang berharga 1,000 Yen [+/-RM 31], Ievan Polkka Cocktail (Minuman Koktail Ievan Polkka) berharga 700 Yen [+/-RM 22] dan  Negi-cha Soba (Teh Soba Daun Bawang) berharga 900 Yen [+/-RM 28].