Rabu, 15 Mei 2013

Tom Cruise Bakal Bintangi Filem Yukikaze




Sumber berita hiburan Deadline melaporkan pelakon terkenal Tom Cruise (Top Gun & The Last Samurai) bakal terlibat di dalam sebuah filem aksi adaptasi daripada novel sains fiksyen oleh Chohei Kambayashi yang bertajuk Yukikaze.

Novel ini pernah diadaptasi ke permainan video oleh studio Gonzo pada tahun 2002-2005.

Di dalam novel ini, unit elit Special Air Force telah terlibat di dalam sebuah perang rahsia menentang makhluk asing yang gagal menakluk bumi menerusi portal dimensi di Antartika 33 tahun lalu.

Second lieutenant Rei Fukai terbang seorang diri di dalam satu misi bahaya ke tempat asal makhluk asing bersama pembantunya, Sylphid.

Warner Bros telah mendapatkan hak untuk mengadaptasi kisah ini disamping menyediakan modalnya. Erwin Stoff dan Tom Lassally (All You Need Is Kill) dari 3 Arts akan menerbitkan filem ini.

Kambayashi telah menghasilkan dua buah novel Yukikaze iaitu Sento Yosei Yukikaze (1984) dan Good Luck Sento Yosei Yukikaze (1999).

Cruise kini sedang sibuk di dalam pengambaran filem yang diadaptasi dari novel sains fiksyen All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka di bawah arahan Doug Liman (The Bourne Identity) dan filem terbaru Cruise yang bertajuk Oblivion berjaya mengutip US$ 61 juta (+/-RM 185 juta) dalam minggu pertama penayangannya.