Laman web rasmi sempena projek ulang tahun ke 30
Macross mengumumkan bahawa pameran Macross: The Museum akan bertempat di Muzium
Manga Osamu Tezuka, bandar Takarazuka, Jepun.
Pameran ini akan membayangkan keadaan muzium di
dalam dunia Macross pada tahun 2059! Antara tarikan utama termasuklah kokpit
bersaiz sebenar dari siri anime Macross iaitu VF-1 Valkyrie, plet memori dari
peradaban kuno Protoculture dan albumfoto lagenda Lynn Minmay.
Pelawat boleh menaiki replika pesawat simulator
VF-1 dan mengambil gambar. Replika Valkyrie yang lebih kecil pada skala 1/60
akan menunjukkan proses transformasi satu demi satu langkah.
Pameran ini juga akan menunjukkan koleksi pakaian
dan mikrofon dari Minmay sehinggalah Sheryl dan Ranka. Pameran ini akan
berlangsung dari 28 Jun sehingga 28 Oktober.