Apartmen Dojunkai terakhir yang dibina selepas
Gempa Bumi Besar Kanto tahun 1923 akan dirobohkan pada bulan ini.
Dojunkai adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan
pada 1924 demi membina rumah apartment yang diperkukuhkan terhadap ancaman
gempa bumi di kawasan Tokyo. Ia dibubarkan pada tahun 1941.
Apartmen Dojunkai terakhir adalah Apartment
Uenoshita yang terletak di kawasan Taito, Tokyo dan masih didiami oleh 65
penduduk.
Dibina pada 1929, lokasi bangunan bersejarah ini
akan diganti dengan pembinaan apartmen moden 128 unit kediaman yang dijangka
siap pada 2015.