Isnin, 29 Februari 2016

Wajah Baru Kamen Rider No.1 dan Motosikal Cyclone

Filem Kamen Rider No.1 The Movie memperlihatkan Kamen Rider No.1, tali pinggang Typhoon dan motosikalnya Cyclone dalam reka bentuk serba baru.

Filem ini akan ditayangkan pada 26 Mac sebagai projek pertama Super Hero Year dan meraikan ulang tahun ke-45 francais Kamen Rider.


Stesen Dihiasi Poster Iklan "Love Live! School Idol Festival"

Sebanyak 18 jenis poster iklan dari permainan video sosial Love Live! School Idol Festival telah menghiasi di 43 buah stesen JR East di daerah Tokyo bermula bulan ini.

Poster tersebut juga telah ditampal di stesen Ikebukuro dan Akihabara untuk masa yang terhad selama satu minggu. 

Sakurako Kimino yang merupakan pencipta asal francais Love Live! turut menulis pesanan bertemakan tahun baru di atas salah satu poster tersebut yang menampilkan sembilan anggota yang mengenakan haregi (gaun perayaan) pada tahun baru.

Beberapa kostum pentas yang pernah digunakan dalam permainan video ini juga ditampilkan dalam poster-poster tersebut.