Ahad, 31 Mei 2015

Sarapan 100 Yen Universiti Mendapat Sambutan Baik

Pada pertengahan tahun 2014, universiti-universiti Jepun mula melancarkan kempen Sarapan 100 Yen demi memberikan diet dengan zat berkhasiat yang seimbang kepada para mahasiswa.
 
Kempen ini mendapat sambutan yang amat baik dari para mahasiswa sehingga sebilangan universiti turut turut melancarkan perkhidmatan 'sarapan percuma'.
 
Keputusan dari sebuah soal selidik di Universiti Ekonomi Tokyo telah menjadi punca kemunculan kempen ini apabila kebanyakan ahli-ahli kelab sukan di university tersebut didapati jarang makan sarapan sebelum menjalankan latihan.
 
Kempen sedemikian turut bermula pada April 2014 dengan kantin universiti menawarkan Sarapan 100 Yen pada setiap hari kecuali hari-hari kelepasan am. Kemudiannya, pihak universiti membuat keputusan menawarkan sarapan percuma mulai tahun 2015.
 
Sarapan 100 Yen sebenarnya bernilai 300 Yen dengan persatuan ibu bapa menanggung 2/3 daripada kosnya. Selain daripada nasi dan sup daging yang ditetapkan, pembeli boleh memilih 2 daripada 10 jenis lauk.
 
Pada Disember lalu, keputusan soal selidik menunjukkan 80% daripada 111 mahasiswa mulai mengamalkan tabiat bersarapan selepas kempen diadakan.
 
Sejak itu, beberapa buah universiti turut memulakan kempen Sarapan 100 Yen atau pun sarapan percuma termasuklah Universiti Ritsumeikan Kyoto, Universiti Komazawa Tokyo, Universiti Ekonomi Hiroshima, Universiti IT Shonan Kanazawa dan lain-lain lagi.

 

Ketua Stesen Tama Sambut Hari Jadi Ke-16



Pada 29 April adalah Hari Showa yakni hari cuti umum Jepun yang mengenangkan hari jadi mendiang Maharaja Hirohito (1926-1989).
 
Selain daripada itu, hari tersebut turut mempunyai makna yang lain bagi penduduk Wilayah Wakayama kerana ia adalah hari jadi ke-16 Tama, seekor kucing betina yang dipilih sebagai Ketua Kehormat Stesen Kishi di wilayah tersebut. 
 
Tama dilahirkan pada tahun 1999 dan memegang jawatan berkenaan selama 8 tahun. Usia 16 tahun merupakan usia tua bagi kucing. Ia lebih kurang bersamaan dengan usia 85 tahun bagi manusia.
 

Obama Berterima Kasih Pada Abe Untuk Anime, Manga



Perdana Menteri Jepun iaitu Shinzo Abe telah melawat Rumah Putih sebagai sebahagian daripada perbincangan perdagangan yang berterusan di antara Amerika Syarikat dan Negara-Negara di Lingkaran Pasifik.
 
Presiden Obama memperkenalkan Abe dan menjelaskan lawatan itu bertujuan memberi peluang kepada golongan muda untuk mengucapkan terima kasih untuk import budaya Jepun termasuklah anime dan manga.
 
"Hari ini adalah peluang untuk penduduk Amerika, terutama golongan muda untuk mengucapkan terima kasih kepada anda atas semua perkara yang kami sukakan dari Jepun seperti karate, karaoke, manga, anime dan sudah tentulah emoji." Kata Obama.
 
Bersama-sama dengan perbincangan yang berkaitan dengan industry automotif Jepun dan Amerika, Iron Chef Masaharu Morimoto akan menyediakan daging lembu Wagyu Jepun dalam gaya Amerika untuk hidangan makan malam. Kedua-dua penyepit, sudu dan garfu perak akan disediakan.
 
Pelakon muzikal Jersey Boys juga akan membuat persembahan untuk para tetamu. Mereka berdua juga melawat Lincoln Memorial bersama-sama.