Khamis, 30 September 2010

CARTA LAGU PALING POPULAR JEPUN MINGGU LEPAS

1. ARASHI
      Love Rainbow
















2. GLAY
    Precious











3. HOKAGO TEA TIME
    TV Anime "K-On!! (Keion!!)"
    Insert song: Gohan Wa Okazu/U & I















4. SHOUJO JIDAI
    Genie















5. FRENCH KISS
    Zutto Mae Kara

Rabu, 29 September 2010

Haruna Ai Sempurnakan Larian Amal 85 Kilometer

Kemuncak penamat rancangan TV Jepun pada bulan Ogos adalah telethon 24 jam tahunan NTV yang ke 33, 24 Jikan Terebi Ai wa Chikyu wo Suku.

Seperti biasa, acara utama adalah larian jarak jauh oleh seorang selebriti. Tahun ini, personaliti TV transeksual dan penyanyi Haruna Ai memikul cabaran ini.

Dia begitu terharu apabila bapanya merupakan tetamu jemputan pada malam acara tersebut dan sekali lagi dia disambut oleh ibunya di Nippon Budokan pada keesokan paginya selepas menamatkan larian 85 km dalam masa 25 jam 40 minit.

Masashi Menjadi Ahli Rasmi Versailles

Pada 4 September, kumpulan visual rock Versailles telah mengumumkan pada konsert mereka bahawa pemain bass sokongan, Masashi telah menjadi ahli rasmi mereka.

Masashi telah membuat persembahan dengan kumpulan ini selama setengah tahun, mengisi tempat kosong akibat kematian pemain bass asal, Jasmine You pada Ogos 2009.

Namun, Versailles tetap menyimpan memori Jasmine You dengan mengesahkan mereka mempunyai 6 ahli, sama seperti X Japan dan pemain gitar Hide.

175R Berehat

Kumpulan rock 175R telah mengumumkan bahawa selepas jelajah konsert Tokyo, Nagoya, Osaka dan Fukuoka diselesaikan pada bulan Disember ini, mereka akan mengambil rehat yang panjang.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata: “Kami tidak melihatnya sebagai perkara negatif, tetapi sebagai satu peluang untuk mengasah bakat setiap seorang daripada kami.”

Terdiri daripada Shogo (vokalis), Kazya (gitar), Isakick (bass) dan Yoshiaki (dram). Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan membuat kemunculan sulung di bawal label utama pada tahun 2003. Mereka pernah mendapat tempat pertama di carta Oricon pada tahun yang samadengan lagu Sora ni Utaeba (Menyanyi ke Arah Langit).

Album terbaru mereka, Japon, telah diterbitkan pada awal tahun ini tetapi hanya berada di tangga ke 55 dalam carta album. Shogo pernah berkahwin dengan ahli kumpulan Speed, Imai Eriko pada tahun 2004 tetapi bercerai pada tahun 2007.

Sut Robot Kuatkan Otot

Dipetik dari akhbar KOSMO! 29hb September 2010

Seorang pengembara Jepun yang kurang upaya bercadang mengembara ke tapak kuno zaman pertengahan Perancis pada tahun hadapan dengan menggunakan sut robot canggih.

Seiji Uchida, 48, hilang keupayaan berjalan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 27 tahun lalu. Seiji berkata, dia sudah lama mengimpikan untuk melawat biara indah Mont Saint-Michel yang terletak di sebuah pulau kecil berbatu-bata dekat Perancis.

Dalam satu cabaran dijadualkan berlangsung pada musim panas tahun hadapan. Seiji dijangka melakukan pengembaraan tersebut dengan bantuan sut robot dikenali sebagai Hybrid Assistive Limb (HAL).

HAL akan bertindak seperti kerangka luar manusia sekali gus meningkatkan kuasa otot kaki pemakai sut robot berkenaan.

Sut robot yang dijana kuasa elektrik itu direka untuk membantu warga emas bergerak dan melakukan tugas harian dengan lebih mudah. Ia juga digunakan pihak hospital untuk mengangkat pesakit dengan mengesan pergerakan badan mereka.

Model sut robot berkenaan telah dibangunkan profesor Universiti Tsukuba, Yoshiyuki Sankai. Ia mempunyai keupayaan membenarkan pengguna mengangkat beban mencecah sehingga 70 kg dengan hanya menggunakan satu tangan.

[HQ] 平井堅 - POP STAR [PV]

Selasa, 28 September 2010

Isuzu terkenal pengeluaran trak

Dipetik dari Sinar Harian: Selasa, 28hb September 2010


Isuzu Motors Ltd adalah syarikat kereta dari Jepun. Ia mengeluarkan kenderaan komersil dan syarikat perkilangan trak berat yang berpusat di Tokyo.

Pada tahun 2005, Isuzu menjadi pengeluar terbesar di dunia untuk pasaran industri lori berat. Ia memiliki kilang di bandar Fujisawa Jepun, serta di wilayah Tochigi dan Hokkaido. Isuzu terkenal dalam menghasilkan kenderaan komersil dan mesin diesel.

Pada 2009, Isuzu berjaya menghasilkan lebih daripada 21,000.000 mesin diesel yang boleh dijumpai dalam kenderaan di seluruh dunia. Sebahagian besar di rantau Asia, Afrika dan Eropah, Isuzu lebih dikenali sebagai jenama pengeluar trak pelbagai ukuran.

Sehubungan kejayaannya menempa nama sebagai pengeluar trak, jualan terhadap kereta jenis sedan dan kompak menunjukkan penurunan drastik pada akhir 1990an.

Sejarah Isuzu bermula pada tahun 1916 apabila sebuah syarikat pembangunan kapal dan kejuruteraan, Tokyo Ishikawajima dan syarikat Electric Industrial Co memeterai usaha sama untuk membina kereta.

Pada 1918, kerjasama teknikal dengan Wolseley Motor Company bermula. Ketika itu, pelbagai penyelidikan dan pembangunan dijalankan dan pada tahun 1922 kereta model Wolseley A-9 (gambar atas) berjaya dibangunkan dan dua tahun kemudian trak CP pula dicipta.

Tahun 1933, Ishikawajima Otomotif Works bergabung dengan DAT Automobile Manufacturing dan perubahan nama menjadi Automobile Industries Co, Ltd. Tahun berikutnya, berlangsung pertemuan dengan Kementerian Perdagangan dan Industri. Pertemuan itu bertujuan menukar jenama lori trak kepada Isuzu. Selepas perbincangan dan pertemuan itu, tahun 1949 nama Isuzu didaftarkan sebagai nama syarikat.

Tahun 1973, model Isuzu Gemini diperkenalkan, ia adalah usaha hasil gabungan bersama General Motors.

My Favourite Meal (Part 2)

Tori Don & Somen Set


Combination of steamed rice served with deep fried chicken nuggets, spicy sauce, iceberg lettuce, mayonnaise, spring onion, fine Japanese wheat noodles with sweet beancurd, seawead ginger soda and green tea ice cream.

Cheese Tobiko


Flying fish roe and cheese.

Instant Noodle


It usefull during a middle of the month.

Red Giant Fried Rice


Location: Corner Kick Cafe, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan

Price: Sorry, i forgot it.

Ahad, 26 September 2010

Buku Teks Arashi

Kumpulan Arashi mempunyai ramai peminat di negara kelahiran mereka sendiri iaitu Jepun. Terbaru mereka muncul dalam buku teks bersaiz A4 dan mempunyai 200 muka surat yang memberi fokus pada lokasi-lokasi menarik di Jepun selain memberi penekanan soal budaya tradisi masyarakat Jepun.

Sejak muncul da;am buku teks yang diedarkan di sekolah rendah, menengah rendah dan menengah tinggi, kakitangan Kementerian Pelancongan, Pengangkutan, Infrastruktur dan Tanah Jepun telah menerima lebih 100 panggilan daripada peminat yang ingin memiliki buku teks tersebut.

Sepatutnya buku tersebut diedarkan kepada orang awam. Bagaimana pun selepas Arashi menjadi duta kepada pelancongan Jepun pada April lalu, rancangan itu diubah dan menjadikan buku teks percuma untuk pelajar sekolah.

Pada 1 September lebih daripada 80 ribu buah buku didermakan kepada sekolah seluruh Jepun dan angka itu dijangka bertambah kerana pihak kementerian akan menjual buku itu untuk orang awam tidak lama lagi.

Rabu, 22 September 2010

Manga Hayate Dijadikan Siri TV di Taiwan

Syarikat produksi dan siaran Taiwan, Gala TV, telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan siri aksi benar televisyen yang diadaptasi dari manga komedi Kenjirou Hata, Hayate the Combat Butler.

Ia mengisahkan seorang budak lelaki bernama Hayate yang ditugaskan menjadi butler, pengawal peribadi dan sebagainya untuk seorang gadis bernama Nagi. Ini demi untuk membayar semula hutang 156,804,000 yen.

Aktres Korea, Shin Hye Park akan memegang watak Nagi manakala George Hu akan menjadi Hayate.

Manga ini telah diadaptasi sebagai dua siri anime televisyen di Jepun. Antara manga lain yang pernah dijadikan siri aksi benar televisyen di Taiwan ialah Skip Beat!, Itazura na Kiss dan Hana Yori Dango.

Jumaat, 17 September 2010

Kumpulan gadis Kiss&Kiss bersedia untuk kemunculan sulung


Pada 24 Ogos, kumpulan idola gadis baru yang dipanggil Kiss&Kiss telah mengadakan kemunculan sulung mereka di Osaka.

Berasal dari daerah Kansai, kumpulan ini terdiri daripada 14 orang ahli, berkumpul daripada lima agensi pengurusan yang berbeza.

Gadis-gadis dari Kiss&Kiss ini mempunyai perjanjian bersama Grace, KID Company, Partir, Treasure Factory dan SP!Ke.

Setiapnya telah pun aktif sebagai bintang solo atau pun sebahagian daripada kumpulan kecil, tetapi muncul dalam usaha untuk membina kerjaya secara serentak.

Buat masa kini, tiga ahli termuda adalah berusia 14 tahun. Kiss&Kiss akan menerbitkan single pertama mereka pada 29 September dan laman web rasmi mereka telah pun dilancarkan.

Oda Yuji telah berkahwin

Pelakon popular Oda Yuji mengejutkan peminat wanitanya apabila mengumumkan bahawa dia telah berkahwin.

Menurutnya dalam laman web rasmi, Oda dan pengantinnya yang berusia 30 tahun telah berkahwin pada 16 Ogos.

Oda telah menjadi bintang selama lebih daripada 20 tahun tetapi tidak pernah ada gosip tentang percintaannya malah jarang bercakap tentang kehidupan peribadinya.

Bersama-sama dengan Fukuyama Masaharu, Oda dianggap sebagai salah seorang bujang dunia hiburan Jepun yang paling berharga.

Dia adalah bintang untuk siri filem Odaru Daisosasen, francais filem Jepun yang paling berjaya sekali.

Episod ketiga kini berada di pawagam dan telah menjana pendapatan sebanyak 6.5 bilion Yen (+/- RM238.5 juta). Ia adalah filem Jepun yang terhangat pada tahun ini.

Rabu, 15 September 2010

China tunda lawatan ke Jepun

Dipetik dari Sinar Harian: Rabu, 15hb September 2010

Tokyo - Lawatan pegawai kanan China ke Tokyo ditunda disebabkan perang diplomatik yang sedang berjalan berikutan penahanan kapten bot nelayan, Zhan Qixiong yang ditahan polis marin Jepun atas tuduhan menceroboh perairan Jepun pada 7 September lalu.

Qixiong ditahan sejak minggu lalu dan bot miliknya dikawal ketat dua bot peronda Jepun berdekatan pulau di timur laut China sehingga menyebabkan permusuhan di antara dua negara itu tercetus.

Kejadian itu menyebabkan aktivis anti Jepun di China dan Taiwan melakukan bantahan, walau pun kedua-dua kerajaan berusaha mengelakkan ketegangan antara kedua negara.

Kesemua 14 nelayan China yang ditahan dibebaskan kelmarin, tetapi Qixiong ditahan reman sehingga 19 September dan mungkin didakwa oleh kerajaan Jepun atas tuduhan menghalang tugasan awam.

Kan kekal sebagai PM Jepun

Dipetik dari Sinar Harian: Rabu,15hb September 2010

Tokyo - Perdana menteri Jepun, Naoto Kan masih mengekalkan kedudukan beliau sebagai presiden Parti Demokratik Jepun (DPJ) selepas mengalahkan ahli politik veteran, Ichiro Ozawa, semalam.

Kan yang baru tiga bulan menjadi Perdana Menteri Jepun mengalahkan Ozawa dengan undian sebanyak 721 - 491.

Dengan tamatnya perebutan jawatan itu, Kan dan menteri kabinetnya dijangka akan memberikan tumpuan penuh untuk menangani masalah yang menimpa negara itu.

Jumaat, 3 September 2010

Paradise Kiss Jadi Filem



Populariti komik atau anime Paradise Kiss yang begitu berpengaruh di Jepun nampaknya telah membuatkan komik ini bakal diadaptasi dalam bentuk filem.

Menggabungkan kisah cinta dan fesyen, komik yang bakal difilemkan itu dikatakan akan menyaksikan Kitagawa Keiko membawa watak Hayasaka Yukari dan Joji (George) bakal dimainkan oleh Mukai Osamu.

Antara pelakon lain yang terlibat termasuklah Yamamoto Yusuke, Igarashi Shunji, Kaku Kento, Ohsama Aya dan Kato Natsuki juga dikatakan akan terlibat sama. Hanya peranan mereka sahaja belum diumumkan.

Naked Boyz Dilancarkan


19 Ogos, Jepun menyaksikan kelahiran kumpulan lelaki terbesarnya. Dipanggil sebagai Naked Boyz (tidak dijelaskan mengapa nama sebegini digunakan...), unit yang terdiri daripada 44 ahli ini digambarkan sebagai AKB48 versi lelaki, tetapi mereka masih belum membuktikan populariti mereka.

Semua ahli menghadiri sebuah acara kemunculan sulung mereka dan artis Haruna Ai muncul untuk bersorak buat mereka.

Usia 44 ahli kumpulan ini adalah di antara 16 hingga 30 tahun, dipilih melalui sesi uji bakat.

Aktiviti mereka berpangkalan di Shunjuku FACE, di mana mereka bercadang untuk melakukan beberapa persembahan pada setiap tahun. Kemunculan besar pertama mereka akan diadakan pada 5 November.