Rabu, 22 September 2010

Manga Hayate Dijadikan Siri TV di Taiwan

Syarikat produksi dan siaran Taiwan, Gala TV, telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan siri aksi benar televisyen yang diadaptasi dari manga komedi Kenjirou Hata, Hayate the Combat Butler.

Ia mengisahkan seorang budak lelaki bernama Hayate yang ditugaskan menjadi butler, pengawal peribadi dan sebagainya untuk seorang gadis bernama Nagi. Ini demi untuk membayar semula hutang 156,804,000 yen.

Aktres Korea, Shin Hye Park akan memegang watak Nagi manakala George Hu akan menjadi Hayate.

Manga ini telah diadaptasi sebagai dua siri anime televisyen di Jepun. Antara manga lain yang pernah dijadikan siri aksi benar televisyen di Taiwan ialah Skip Beat!, Itazura na Kiss dan Hana Yori Dango.