Ahad, 26 September 2010

Buku Teks Arashi

Kumpulan Arashi mempunyai ramai peminat di negara kelahiran mereka sendiri iaitu Jepun. Terbaru mereka muncul dalam buku teks bersaiz A4 dan mempunyai 200 muka surat yang memberi fokus pada lokasi-lokasi menarik di Jepun selain memberi penekanan soal budaya tradisi masyarakat Jepun.

Sejak muncul da;am buku teks yang diedarkan di sekolah rendah, menengah rendah dan menengah tinggi, kakitangan Kementerian Pelancongan, Pengangkutan, Infrastruktur dan Tanah Jepun telah menerima lebih 100 panggilan daripada peminat yang ingin memiliki buku teks tersebut.

Sepatutnya buku tersebut diedarkan kepada orang awam. Bagaimana pun selepas Arashi menjadi duta kepada pelancongan Jepun pada April lalu, rancangan itu diubah dan menjadikan buku teks percuma untuk pelajar sekolah.

Pada 1 September lebih daripada 80 ribu buah buku didermakan kepada sekolah seluruh Jepun dan angka itu dijangka bertambah kerana pihak kementerian akan menjual buku itu untuk orang awam tidak lama lagi.