Seorang pengembara Jepun yang kurang upaya bercadang mengembara ke tapak kuno zaman pertengahan Perancis pada tahun hadapan dengan menggunakan sut robot canggih.
Seiji Uchida, 48, hilang keupayaan berjalan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 27 tahun lalu. Seiji berkata, dia sudah lama mengimpikan untuk melawat biara indah Mont Saint-Michel yang terletak di sebuah pulau kecil berbatu-bata dekat Perancis.
Dalam satu cabaran dijadualkan berlangsung pada musim panas tahun hadapan. Seiji dijangka melakukan pengembaraan tersebut dengan bantuan sut robot dikenali sebagai Hybrid Assistive Limb (HAL).
HAL akan bertindak seperti kerangka luar manusia sekali gus meningkatkan kuasa otot kaki pemakai sut robot berkenaan.
Sut robot yang dijana kuasa elektrik itu direka untuk membantu warga emas bergerak dan melakukan tugas harian dengan lebih mudah. Ia juga digunakan pihak hospital untuk mengangkat pesakit dengan mengesan pergerakan badan mereka.
Model sut robot berkenaan telah dibangunkan profesor Universiti Tsukuba, Yoshiyuki Sankai. Ia mempunyai keupayaan membenarkan pengguna mengangkat beban mencecah sehingga 70 kg dengan hanya menggunakan satu tangan.