Ahad, 19 Ogos 2018

Final Fantasy XIV Umumkan Kolaborasi Dengan Monster Hunter World

Sebelum ini, Monster Hunter World mengumumkan secara terperinci mengenai kolaborasi yang menampilkan Behemoth dari Final Fantasy XIV ke dalam permainan video tersebut, dan kini Final Fantasy XIV mengumumkan dengan terperinci mengenai kolaborasi tersebut yang akan diterapkan dalam dunia MMORPG tersebut.

Pengumuman tersebut dilakukan pada penstriman secara langsung Live Letter From the Producer yang ditayangkan melalui saluran YouTube baru-baru ini.

Jika Monster Hunter World menampilkan Behemoth ke dalam dunianya, Final Fantasy XIV membawa rasaksa yang sudah menjadi maskot siri Monster Hunter, iaitu Liolaeus/Rathalos ke dalam dunianya.

Dalam acara penstriman tersebut turut ditayangkan video sedutan kolaborasi ini dengan adengan-adengan pertarungan yang akan dihadapi oleh para Warrior of Light.

Animasi 3D Monster Hunter: Legends of the Guild

CAPCOM telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan sebuah animasi 3D berjudul Monster Hunter: Legends of the Guild yang diadaptasi daripada francais permainan video Monster Hunter.

Menurut majalah berita industri hiburan Variety, Monster Hunter: Legends of the Guild akan berkisar pada seorang pemburu monster muda yang sedang mencari kebenaran.

Ia mendapat tahu tentang kenyataan yang mengejutkan tentang kampungnya yang berada tepat pada laluan yang akan dilalui seekor Elder Dragon, yang boleh mengakibatkan kehancuran dan kerosakan yang tidak terkira ke atas kampungnya kelak.

CAPCOM akan bekerjasama dengan Pure Imagination Studios dalam penghasilan animasi ini, di mana skrip bakal ditulis oleh Joshua Fine (Ultimate Spider-Man). Animasi 3D ini dirancang bakal ditayangkan pada tahun 2019.


Sabtu, 7 Julai 2018

Anime Batman Ninja Dapat Adaptasi Manga

Laman rasmi majalah Monthly Hero milik Shogakukan telah mendedahkan muka depan edisi bulan Julai majalah tersebut yang akan diterbitkan. Muka depan majalah tersebut mendedahkan Masato Hisa (Nobunagun, Area 51) bakal menghasilkan sebuah manga yang diadaptasi dari anime Batman Ninja dalam edisi tersebut.

Batman Ninja adalah filem anime yang mengisahkan Batman dan rakan-rakan serta para musuhnya yang berada di zaman feudal disebabkan oleh mesin masa ciptaan Gorilla Grodd.

Di dunia di mana para musuhnya menjelma menjadi para pemimpin di Jepun zaman tersebut dengan Joker sebagai ketuanya, Batman yang kehilangan semua alat teknologi kena bergantung pada kepandaian diri dan rakan-rakannya termasuklah Cat Woman untuk memulihkan keadaan Jepun dan kembali ke Gotham masa kini semula.

Filem anime tersebut dikeluarkan oleh Warner Bros dalam bentuk digital pada 24 April lalu, dan dalam bentu Blue-Ray dan DVD pada 8 Mei lalu dan di Jepun pada 15 Jun. Majalah Monthly Hero edisi Julai yang telah memuatkan adaptasi manga Batman Ninja tersebut telah diterbitkan di Jepun bermula 1 Jun.


SONY Akan Hentikan Penghasilan Permainan Video Fizikal PS VITA di Amerika dan Eropah

Sony Interactive Entertainment baru-baru ini telah mengesahkan bahawa produksi permainan video fizikal untuk PlayStation Vita di Amerika dan Eropah akan dihentikan pada Mac 2019. Kemudian, produksi permainan video dalam bentuk fizikal akan tetap dikeluarkan di Jepun dan pengedaran permainan video secara digital akan diteruskan di seluruh dunia.

Ketika ditanya tetang penghasilan PS Vita sendiri akan diteruskan atau tidak, wakil syarikat tersebut menyatakan: 'Masih ada rancangan untuk melanjutkan aktiviti pemasaran pada saat ini.'

Sony dilaporkan telah memberitahu pengusaha permainan video bahawa cawangan Amerika dan Eropah 'merancangan untuk mengakhiri semua produksi Vita Game Card pada penutup tahun fiskal 2018', yang akan berakhir pada 31 Mac 2019.

Pengumuman tersebut yang terdapat pada laman sesawang Kotaku, juga meminta supaya semua permohonan kod produk dihantar sampai 28 Februari 2019.

PS Vita merupakan konsol genggam oleh Sony yang dipasarkan di Jepun pada 17hb Disember 2011. Sistem tersebut dilancarkan di Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Amerika Utara dan Amerika Latin, Eropah dan Singapura pada 22 Februari 2012. Sistem ini terjual lebih daripada 1.2 juta unit di seluruh dunia sejak 26 Februari 2012.


Isnin, 18 Jun 2018

Samurai Biru lebih tajam

Jepun merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya di Asia setelah layak ke lima kejohanan Piala Dunia FIFA terakhir berturut-turut dan layak ke pusingan kedua pada 2002 dan 2010.

Digelar Samurai Biru, Jepun telah memenangai Piala Asia dengan rekod empat kali pada 1992, 2000, 2004 dan 2011 serta muncul naib juara Piala Konfederasi FIFA 2001.

Dengan kehadiran beberapa pemain yang beraksi dengan kelab ternama dunia seperti Shinji Kagawa, Nagatomo, Makoto Hasebe serta Keisuke Honda, Jepun sebenarnya sudah membuat rancangan rapi untuk penggiliran pemain dan variasi taktikal yang akan digunakan pada perlawanan sebenar nanti.

Mereka meletakkan sasaran untuk mara ke suku akhir walaupun sedar misi itu memang mustahil untuk dicapai berdasarkan kekuatan pasukan Eropah dan Amerika Selatan.


Gelaran: Samurai Biru
Ketua jurulatih: Akira Nishino
Kapten: Makoto Hasebe
Penyertaan Piala Dunia: Kali kelima
Ranking dunia: 61 (521 mata)
Penjaring terbanyak: Kunishige Kamamoto (80 gol)
Penampilan terbanyak: Yasuhito Endo (152 penampilan)
Pencapaian Piala Dunia 2014: Peringkat kumpulan 








Shinji Kagawa
Pemain berpengalaman, beraksi di posisi tengah menyerang.Kawalan bola menarik dan larian deras selain mampu menjaringkan gol melalui rembatan dari luar kotak penalti.

Keisuke Honda
Faktor usia bukanlah halangan buat pemain ini yang memiliki keyakinan serta semangat tinggi setiap kali beraksi malah boleh dianggap pencetus semangat di kalangan rakan sepasukan.

Shinji Okazaki
Beraksi selaku pemain tengah menyerang. Impak bersama Leicester City tidak perlu dipertikaikan dan tidak mustahil mampu meninggalkan impak pada pentas Piala Dunia kali ini.

Jadual Perlawanan:
19 June 2018 (Selasa) Colombia lawan Jepun
Mordivio Arena / 8 malam

24 June 2018 (Ahad) Jepun lawan Senegal
Ekaterinburg Arena / 11 malam

28 June 2018 (Khamis) Jepun lawan Poland
Volgograd Arena / 10 malam

Senarai Pemain
Penjaga gol: Eiji Kawashima (Metz), Masaaki Higashiguchi (Gamba Osaka), Kosuke Nakamura (Kashiwa Reysol).

Pertahanan: Yuto Nagatomo (Galatasaray), Tomoaki Makino, Wataru Endo (Urawa Reds), Maya Yoshida (Southampton), Hiroki Sakai (Marseille), Gotoku Sakai (Hamburg), Gen Shoji, Naomichi Ueda (Kashima Antlers).

Tengah: Makoto Hasebe (Eintracht Frankfurt), Keisuke Honda (Pachuca), Takashi Inui (Eibar), Shinji Kagawa (Dortmund), Hotaru Yamaguchi (Cerezo Osaka), Genki Haraguchi, Takashi Usami (Fortuna Dusseldorf), Gaku Shibasaki (Getafe), Ryota Oshima (Kawasaki Frontale).

Penyerang: Shinji Okazaki (Leicester), Yuya Osako (Werder Bremen), Yoshinori Muto (Mainz).

Jumaat, 15 Jun 2018

Game Guilty Gear Versi PS1 untuk PS4

Pihak pembangun permainan video Arc System Works telah mengumumkan bahawa permainan video Guilty Gear versi PlayStation yang pertama yang dipasarkan pada tahun1998 akan dihasilkan semula untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch serta untuk pelantar Steam di PC.

Permainan video tersebut pertama kali dipasarkan pada 14 haribulan Mei 1998, bermakna pengumuman ini dilakukan tepat selepas 20 tahun! Tarikh untuk penghasilan semula siri Guilty Gear ini masih belum diumumkan.

Pengarah Love Live! Sunshine!! Bercakap Tentang Gangguan Dialaminya

Pengarah anime popular Love Live! Sunshine!!, Kazuo Sakai telah membuat kenyataan tentang gangguan yang diterimanya di media sosial Twitter di mana sebahagian turut mensasarkan keluarganya.

Baginya: "Saya fikir sangat wajar untuk menerima pelbagai jenis pendapat kerana saya bertanggungjawab sebagai pengarah untuk Love Live! Sunshine!!. Namun, sejak kebelakangan ini, ada beberapa kata-kata yang tidak dapat diterima dimana berkaitan dengan keluarga saya. Saya akan melihat perkembangannya dan akan menghalang semua jenis akaun seperti ini. Minta semua memahaminya."

Sakai juga mungkin akan mengambil tindakan undang-undang jika ia berlanjutan.

 


Rabu, 16 Mei 2018

Buku Manga Tentang Kisah Peribadi Pengidap Skizofrenia

Bunkasha telah menghasilkan manga bertajuk Togo Shiccho-sho Nikki (Diari Skizofrenia) oleh Kikori Kimura.

Kimura mula mengalami gejala skizofrenia di sekolah menengah. Buku 'esei komik' ini menceritakan pengalaman peribadinya dan membincangkan kisah keadaan Kimura ketika dia mula mengalami gejala serta kehidupan sehariannya dengan halusinasi pendengaran dan visual dari perspektifnya sendiri.

Menurut buku itu, kira-kira 1 dalam 100 orang mengalami skizofrenia dan apa yang harus dilakukan jika seseorang yang anda kenal mula mengalami gejala.

Cosplayer Kuro Akagi menyiarkan manga empat halaman mengenai sindrom Asperger di Twitter pada bulan Januari lalu. Manga So's Comical Psychosomatic Medicine oleh Yu Yuki juga membahaskan tentang pelbagai penyakit mental dan keadaannya.


Pertunjukan Kabuki Naruto Umum Watak Madara Uchiha

Pertunjukan pentas Naruto Kabuki yang diadaptasi daripada manga popular Naruto oleh Masashi Kishimoto kini telah mengumumkan salah satu watak utamanya.

Watak yang ditampilkan kali ini adalah Madara Uchiha. Watak Madara Uchiha dalam drama pentas ini akan dibawa secara bergantian oleh dua orang iaitu Ennosuke Ichikawa dan Ainosuke Kataoka. 

Dan, foto keduanya dalam kostum Madara telah ditayangkan selepas watak Naruto yang diperanankan oleh Minosuke Bando dan Sasuke yang diperanankan oleh Hayato Nakamura telah diumumkan sebelum ini.

Naruto Kabuki akan dipentaskan pada bulan Ogos di Shinbashi Enbujo, Tokyo.