CAPCOM telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan sebuah animasi 3D berjudul Monster Hunter: Legends of the Guild yang diadaptasi daripada francais permainan video Monster Hunter.
Menurut majalah berita industri hiburan Variety, Monster Hunter: Legends of the Guild akan berkisar pada seorang pemburu monster muda yang sedang mencari kebenaran.
Ia mendapat tahu tentang kenyataan yang mengejutkan tentang kampungnya yang berada tepat pada laluan yang akan dilalui seekor Elder Dragon, yang boleh mengakibatkan kehancuran dan kerosakan yang tidak terkira ke atas kampungnya kelak.
CAPCOM akan bekerjasama dengan Pure Imagination Studios dalam penghasilan animasi ini, di mana skrip bakal ditulis oleh Joshua Fine (Ultimate Spider-Man). Animasi 3D ini dirancang bakal ditayangkan pada tahun 2019.