Selasa, 25 Disember 2012

Gadis Comel Maskot Balai Bomba

Balai bomba Kanda yang terletak di daerah Akihabara, Tokyo telah mendedahkan maskot terbarunya bernama Yokumi Kanda yang telah muncul di poster, paket tisu dan bahan promosi lain untuk balai bomba tersebut.

Wakil dari balai bomba Kanda menjelaskan karakter comel tersebut dipilih kerana Akihabara adalah pusat untuk budaya Moe (manga/anime).

Anggota pemadam kebakaran kawasan ini mula ditubuhkan sejak Zaman Edo (1603-1868) telah memilih nama Yukomi yang dipilih oleh penduduk tempatan.

Maskot karakter Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Alam Tokyo juga turut muncul ditali pinggang Yukomi. Angka 911 pada seragam karakter ini merujuk kepada nombor telefon untuk panggilan kebakaran dan kecemasan di Jepun.

Ilustrator Tsukasa Nagano telah menghasilkan rekaan untuk karakter Yukomi. Nagano sebelum ini pernah hasilkan maskot karakter Konko Fox untuk mempromosikan syarikat pengeluar elektronik dari Taiwan iaitu Foxconn di Jepun.

Matsudo, bandar di Wilayah Chiba yang terletak di timur Tokyo juga telah memperkenalkan karakter gadis magik bergayakan polis bernama Aya Matsumiya untuk mempromosikan kempen pencegahan jenayah pada tahun lalu. Karakter ini juga mengeluarkan sebuah album CD pada Disember lepas!

Gundam Cafe Dibuka Di Stesen Tokyo




Bandai umumkan bakal membuka cawangan ketiga Gundam Cafe di Tokyo pada 20 Disember ini.

Cawangan utama yang terletak di kawasan First Avenue, Stesen Tokyo ini bakal menghidangkan menu yang sama seperti yang terdapat di Akihabara dan Odaiba, termasuklah Jaburo Coffe dan Haro Latte Milk.

Sebagai tambahan kepada 50 pilihan makanan dan minuman yang aneh, kafe dengan 26 tempat duduk di Tokyo akan menawarkan 15 barangan berbeza seperti gelas kecil dan pelapik cawan yang diperbuat daripada getah silicon berwarna merah terang yang sama dengan dekorasi bata merah yang terdapat di Stesen Tokyo.

Trafalgar Square Ditutup Kerana Tom Cruise?



Trafalgar Square iaitu sebuah pusat tarikan pelancong di tengah kota London telah ditutup kepada orang awam kerana untuk pembikinan filem aksi sebenar arahan Doug Liman yang diadaptasi daripada manga All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka.

Bintang filem Tom Cruise tiba dengan menaiki helicopter Royal Air Force lengkap berpakaian tentera. Kereta kebal turut digunakan semasa pembikinan filem ini.

Akhbar Telegraph dan laman web berita filem Just Jared turut menayangkan foto pembikinan file mini. All You Need Is Kill mengisahkan tentang tentera pertempuran yang mendapati dirinya mati dan hidup semula berkali-kali.

Filem ini turut dibintangi Emily Blunt, Charlotte Riley, Kick Gurry serta Bill Paxton dan akan mula ditayangkan pada 7 Mac 2013.
 

Isnin, 10 Disember 2012

Nisbah Banduan Dengan Populasi Jepun


Menurut keputusan statistik dari Pusat Penyelidikan Penjara Antarabangsa, nisbah banduan dengan populasi di Jepun adalah 55:100,000 iaitu terdapat 55 orang banduan di dalam 100 ribu orang awam.
  
Angka ini meletakkan Jepun pada tempat ke 194 di seluruh dunia sedangkan Amerika Syarikat “menjuarai” statistik ini dengan nisbah 730:100,000.

Skuter Anime Itaponko!



Peminat setia siri anime Puella Magi Madoka Magica pasti teruja dengan khabar gembira ini. Skuter elektrik dikenali sebagai Itaponko ini dihasilkan oleh Brain Police Light, sebuah syarikat pengeluar barangan anime secara talian yang berpangkalan di Tokyo.

Skuter ini dihasilkan sempena penayangan filem Kyubey and Witch Candy (versi selepas transformasi) dan ia mempunyai rekaan menarik serta dua versi iaitu berwarna putih dan corak serta ditepinya dan skuter hitam berbintik merah dengan wajah bertaring di hadapannya.
 
Skuter ini mempunyai maksima kelajuan sehingga 35 km/jam dan menggunakan bateri lithium yang mudah dicaj semula.