Selasa, 25 Disember 2012

Trafalgar Square Ditutup Kerana Tom Cruise?



Trafalgar Square iaitu sebuah pusat tarikan pelancong di tengah kota London telah ditutup kepada orang awam kerana untuk pembikinan filem aksi sebenar arahan Doug Liman yang diadaptasi daripada manga All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka.

Bintang filem Tom Cruise tiba dengan menaiki helicopter Royal Air Force lengkap berpakaian tentera. Kereta kebal turut digunakan semasa pembikinan filem ini.

Akhbar Telegraph dan laman web berita filem Just Jared turut menayangkan foto pembikinan file mini. All You Need Is Kill mengisahkan tentang tentera pertempuran yang mendapati dirinya mati dan hidup semula berkali-kali.

Filem ini turut dibintangi Emily Blunt, Charlotte Riley, Kick Gurry serta Bill Paxton dan akan mula ditayangkan pada 7 Mac 2013.