Sony Interactive Entertainment baru-baru ini telah mengesahkan bahawa produksi permainan video fizikal untuk PlayStation Vita di Amerika dan Eropah akan dihentikan pada Mac 2019. Kemudian, produksi permainan video dalam bentuk fizikal akan tetap dikeluarkan di Jepun dan pengedaran permainan video secara digital akan diteruskan di seluruh dunia.
Ketika ditanya tetang penghasilan PS Vita sendiri akan diteruskan atau tidak, wakil syarikat tersebut menyatakan: 'Masih ada rancangan untuk melanjutkan aktiviti pemasaran pada saat ini.'
Sony dilaporkan telah memberitahu pengusaha permainan video bahawa cawangan Amerika dan Eropah 'merancangan untuk mengakhiri semua produksi Vita Game Card pada penutup tahun fiskal 2018', yang akan berakhir pada 31 Mac 2019.
Pengumuman tersebut yang terdapat pada laman sesawang Kotaku, juga meminta supaya semua permohonan kod produk dihantar sampai 28 Februari 2019.
PS Vita merupakan konsol genggam oleh Sony yang dipasarkan di Jepun pada 17hb Disember 2011. Sistem tersebut dilancarkan di Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Amerika Utara dan Amerika Latin, Eropah dan Singapura pada 22 Februari 2012. Sistem ini terjual lebih daripada 1.2 juta unit di seluruh dunia sejak 26 Februari 2012.