Selasa, 16 Disember 2014

Attack On Titan Tampil Di Majalah Brutus

Majalah Brutus isu ke-70 telah menampilkan muka depan yang dilukis oleh pencipta Attack On Titan, Hajime Isayama.
 
Muka depan ini menampilkan watak Attack On Titan seperti (dari kiri) Jean, Connie, Eren, Mikasa, Sasha dan Krista yang berpakaian seragam sekolah Jepun di hadapan patung Saigo Takamori yang terletak di Ueno Park, Tokyo.
 
Majalah ini juga mengandungi temubual dengan Isayama, pratonton pameran Attack On Titan yang akan datang dan manga crossover Titan vs Avengers.
 
Manga ini akan berlatarkan bandar New York dan menampilkan Avengers bertarung menentang Female Titan. Majalah ini telah mula dipasarkan pada hujung bulan lalu.