- Peminat Jepun sudah menghantar petisyen yang mengandungi seribu tandatangan serta nama mereka kepada FA Jepun bagi mendesak pemecatan jurulatih, Takeshi Okada. Beliau mengendali skuad Jepun pada 1998 tetapi mereka hanya mampu menjaringkan satu gol sepanjang tiga kekalahan.
- Jepun mendapat jolokan The Blue Samurai. Latar belakang jersi mereka menggambarkan corak sehelai daun – merujuk kepada kod rahsia Samurai iaitu Bushido yang membawa makna ‘daun yang tersorok’.
- Pemain tengah Espanyol, Shunsuke Nakamura sudah mempunyai bintang tersendiri di cakerawala – Bintang 29986 Shunsuke – dinamakan sempena namanya.
- Bekas kapten Tottenham, Steve Perryman berkata teknik yang diamalkan Nakamura cukup sempurna dan berkara: “Dia mampu membuka tin kacang dengan kaki kirinya.”
- Junichi Inamoto berkata dia sudah bersedia untuk beraksi bersama Galatasaray ketika musim 2006-7 kerana dia belajar makan banyak kebab ketika bermain untuk West Brom.
- Warga Jepun cukup bangga dengan baju rasmi ala James Bond yang setiap satunya berharga STG 2 ribu (RM 9,640) yang akan dipakai pemain mereka di Piala Dunia. Seorang peminat fanatik mereka berkata: “Mereka mempunyai gaya ala wira filem 007. Mereka juga mengenakan kafling.”
- Pemain pertahanan, Daiki Iwamasa adalah seorang guru matematik yang berkelayakan.
- Pada Ogos tahun lalu, dua pasangan Jepun yang baru berkahwin mahu berbulan madu di Belanda semata-mata mahu berada dekat dengan Keisuke Honda (kini beraksi dengan VVV Venlo). Mereka berpeluang bertemu dengan ‘Kaiser Keisuke’ secara langsung di televisyen Belanda.
- Keiji Tamada menganggap jaringannya ketika menentang Brazil pada Piala Dunia 2006 sebagai sesuatu yang lebih hebat berbanding seks. Katanya: “Kedua-duanya membawa kenikmatan yang hebat dan sukar untuk membandingkannya.”
- Walau pun tidak pernah memenangi Piala Dunia dan melakar rekod keseluruhan dua kemenangan, dua seri dan tewas enam perlawanan, Okada berani melaungkan kenyataan bahawa mereka akan sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir.
Semenjak kebelakangan ini, ada "masalah pelik" yang aku hadapi ketika main FB. Setiap kali aku komen dalam site seseorang, tiba-tiba hilang pula. Apasal?