Ahad, 12 Disember 2010

Tayangan Perdana Noruwei no Mori

Tayangan perdana Noruwei no Mori (Hutan Norway) atau Norway Wood bagi pasaran barat, telah diadakan pada 23 November yang merupakan hari cuti umum di Jepun.

Pengarah Tran Anh Hung, pelakon utama Matsuyama Kenichi dan Kikuchi Rinko serta beberapa pelakon lain turut hadir di majlis yang julung kalinya diadakan di kampus Universiti Waseda.

Mereka berjalan di atas karpet merah dan memberikan tandatangan kepada kira-kira seribu peminat yang muncul.

Mengulas tentang filem tersebut, Matsuyama berkata, "Ia adalah satu karya yang indah, hampir terlalu bagus untuk diucapkan dengan kata-kata. Saya sentiasa memberitahu diri saya, lakonan filem ini sempurna."

Ini adalah adaptasi layar perak pertama untuk novel Murakami Haruki yang paling laris dan telah diterjemahkan ke dalam 36 bahasa.

Universiti Waseda adalah sekolah Murakami dan juga lokasi filem tersebut. Filem tersebut yang menerima tepukan gemuruh dan penghormatan berdiri selama 3 minit ketika Festival Filem Antarabangsa Venice pada bulan September akan mula ditayangkan di Jepun pada 11 Disember.