Isnin, 26 Disember 2016

Filem Tamagotchi Kembali Setelah 9 Tahun!

Setelah 9 tahun sejak filem terakhirnya ditayangkan, filem Tamagotchi akan kembali semula di Jepun pada sambutan Minggu Emas pada tahun 2017.

Filem anime bertajuk Eiga Tamagotchi No Otodoke Daisakusen! ini merupakan filem ketiga Tamagotchi. Tamagotchi merupakan alat permainan fenomena yang terjual sebanyak 40 juta unit di seluruh dunia dalam masa 2 tahun sejak dijual buat pertama kalinya pada November 1996.

Di Jepun sendiri, selain dua buah filem, Tamagotchi turut dijadikan siri anime yang ditayangkan pada tahun 1997 sehingga 1998.

Filem terbaru Tamagotchi ini dibuat dalam rangka merayakan sambutan ulang tahun ke-20 dan Shimura Jouji dipercayai terpilih menjadi pengarah untuk filem anime ini yang diterbitkan oleh OLM Inc. Karakter Mecchi sendiri dibawakan Rie Kugimiya.