Isnin, 26 Disember 2016

Kimi No Na Wa (Your Name), Calon Anugerah Academy?

Filem anime popular, Kimi No Na Wa bakal dihantar untuk pencalonan Anugerah Akademi Ke-89 di dalam kategori animasi.

Menurut pemegang hak cipta anime ini di Amerika, Funimation, jika pencalonan diterima, maka anime arahan Makoto Shinkai ini akan menjadi salah satu calon untuk anugerah yang juga dikenali sebagai Oscar ini.

Kutipan untuk filem ini melebihi 17.9 juta Yen (+/-RM714,363) dan menduduki tempat ke-7 dalam filem anime dengan kutipan tertinggi dan diantara filem Jepun yang menduduki tempat ke-4 dengan kutipan tertinggi dalam sejarah.