Rabu, 12 Mei 2010

Horikita Maki Membintangi Filem Byakuyako

Dipetik dari Komik Remaja 10hb Mei 2010

Novel oleh Higashino Keigo yang berjudul Byakuyako (Perjalanan Malam Putih) akan diadaptasi kepada filem dan diumumkan bahawa Horikita Maki akan melakonkan watak Karasawa Yukiho yang merupakan watak utama.

Byakuyako telah diadaptasikan kepada siri drama pada tahun 2006, dibintangi oleh Ayase Haruka dan Yamada Takayuki. Kisah yang mendebarkan ini mengikuti kehidupan seorang pemuda dan gadis yang menyebabkan kesengsaraan di sekeliling mereka untuk merahsiakan pembunuhan ibu bapa mereka semasa mereka kecil.

Walaupun drama bersiri ini menegaskan kisah cinta antara dua watak utama, Kirihara Ryoji dan Yukihiko, versi filem akan menumpukan pada kisah suspen Yukiho. Ini merupakan kali pertama Horikita melakonkan watak jahat, jauh berbeza dari imej sucinya.

Pelakon untuk watak Ryoji dan barisan pelakon lain dijangka akan diumumkan pada bulan ini. Pengambaran telah pun dimulakan dengan disasarkan untuk tayangan pada musim bunga 2011.

Tiada ulasan: