Rabu, 12 Mei 2010

Cocoa Otoko Menyebabkan 15 Ribu Peminat Menyerbu

Dipetik dari Komik Remaja 10hb Mei 2010

14 April, Cocoa Otoko telah mengeluarkan single sulung mereka, Amai Wana Nigai Uso (Perangkap Manis, Penipuan Pahit) yang telah mendapat kedudukan ke 15 di dalam carta Oricon.

Semua ahli kumpulan merupakan pelakon tv yang muda dan kacak termasuklah Hosogai Kei, Suzuki Shogo, Kamakari Kenta, Ide Takuya dan Yonehara Kosuke.

Pada hari yang sama, mereka telah mengadakan satu acara istimewa di pentas air pancut Ikebukuro Sunshine City, Tokyo, buat pertama kalinya.

Sejak awal lagi, ramai peminat telah berkumpul di kawasan itu di mana jualan single Cocoa Otoko bermula sebelum tengah hari dan habis dijual dengan serta-merta.

Sebaik saja kesemua ahli muncul di atas pentas, tempat itu dipenuhi dengan sorakan. Mereka menceriakan kisah-kisah yang berbeza tentang penubuhan kumpulan ini dan peminat pula teruja kerana dapat bertemu dengan idola pujaan mereka.

Tiada ulasan: