Rabu, 26 Mei 2010

Heikegani



Heikegani (Ketam Heike) amat terkenal kerana cengkerangnya kelihatan seperti muka pahlawan Samurai.

Pada tahun 1185, Puak Heike tewas di dalam pertarungan di tepi pantai menentang Puak Genji. Kebanyakan mayat pejuangnya dibiarkan di pantai di mana pertarungan itu berlaku.

Nelayan tempatan yang masih hidup mula percaya bahawa roh pahlawan Heike yang telah mati berada di dalam ketam yang mempunyai rupa seperti muka manusia.

Proses pemilihan secara sengaja telah dibuat kerana nelayan melepaskan semula ketam bercengkerang seperti muka manusia ke dalam laut semula dan memakan ‘ketam biasa’.

Ini telah memberikan ketam-ketam ini peluang untuk membiak dengan lebih baik.

Dengan kata lain, lebih dekat cengkerang ketam itu dengan rupa muka Samurai, ia mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dilepaskan semula ke laut.

Tiada ulasan: