Khamis, 13 Mei 2010

Pemuda ancam bunuh Puteri Aiko ditangkap

Dipetik dari Sinar Harian 13hb Mei 2010

Tokyo – Seorang penganggur berusia 26 tahun ditangkap kerana mengancam untuk membunuh anak kepada Putera Naruhito dan Puteri Masako, Puteri Aiko.

Kengo Inami mengirim mesej dalam sebuah forum internet dengan mengancam untuk membunuh Puteri Aiko menggunakan tukul.

Suspek dilaporkan memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia gembira dengan reaksi orang ramai yang melayari forum tersebut.

Insiden itu berlaku ketika anak kepada keluarga diraja Jepun itu menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan.

Puteri Aiko, 8, masih tidak menghadiri kelas selepas dua bulan berhenti daripada sekolah Gakushuin Primary di Tokyo kerana masalah buli.

Pada Mac lalu, pihak istana Jepun mengadakan sidang media untuk memaklumkan bahawa Puteri Aiko tidak dapat menghadiri kelas secara kerap kerana menghadapi tekanan dan sakit perut.

Ia dipercayai berpunca daripada gangguan murid lelaki nakal di sekolahnya.

Tiada ulasan: