Dipetik dari KOSMO! 24hb Mei 2010
Tokyo - Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama semalam meminta maaf kepada penduduk di Pulau Okinawa kerana tidak menunaikan janjinya seperti yang dibuat pada pilihan raya umum pada tahun lalu.
Pada pilihan raya itu, Hatoyama berikrar akan memindahkan kem tentera Amerika Syarikat dari Pulau Okinawa.
Namun, beliau kini menyatakan, kerajaan akan mengubah suai pelan yang dibuat parti yang memerintah sebelum ini iaitu mengubah kem berkenaan ke satu lokasi lain di Pulau Okinawa. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan