Dipetik dari Komik Remaja 10hb Mei 2010
Adakah tajuk berita ini mengejutkan anda?
Pada 25 April, Gackt, Nishikawa Takanori dan Daigo telah menjadi tetamu di dalam rancangan Bokuro no Jidai. Pertemuan antara Gackt dan Nishikawa sememangnya jarang kerana mereka berdua tidak bercakap setelah sekian lama, sehingga dalam program ini mereka muncul bersama.
Apabila bercakap tentang Daigo, mereka berdua menyatakan mereka masih sedikit malu kepadanya, menyebabkan Daiji terkejut dan menggunakan ucapan terkenalnya, ‘maji suka' (betulkah ni)?
Apabila Nishikawa mengemukakan topik adakah mereka berharap untuk berkahwin, pada masa itulah Gackt mendedahkan dia pernah berkahwin pada usia 20 tahun. Ini sesuatu yang tidak diketahui oleh Nishikawa ataupun Daigo (termasuklah kita) dan sememangnya mengejutkan kita!
“Pada masa itu, saya masih muda dan tidak memahami dia dengan baik. Namun, saya tak fikir ia satu kesalahan. Saya fikir bagus bagi kami bertemu dengan cara itu kerana dia ada di sana, saya adalah saya pada hari ini.” Itu sahaja yang Gackt katakan tentang perkahwinan lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan