Khamis, 20 Mei 2010

Morning Musume Akan Hadir ke Expo Japan di Paris

Dipetik dari Komik Remaja 17hb Mei 2010

Morning Musume telah mengumumkan bahawa mereka akan menghadiri Ekspo Jepun di Paris, Perancis. Ini merupakan kali pertama mereka membuat persembahan di Eropah.

Ekspo Jepun akan berlangsung pada 1 hingga 4 Julai dan Morning Musume akan membuat konsert pada 2 Julai dan mereka juga akan turut serta di dalam satu sesi panel dan autograf.

Selain itu, lagu tema ekspo tersebut adalah Tomo, lagu daripada single baru Morning Musume, Seishun Collection yang akan mula dijual pada 9 Jun.

Tiada ulasan: