Isnin, 10 Mei 2010

Raksa Dalam Badan Penduduk Taiji

Dipetik dari akhbar KOSMO! 10hb Mei 2010

Taiji – Penduduk di perkampungan Taiji, Jepun yang gemar memburu dan memakan ikan lumba-lumba dan paus mempunyai paras kandungan raksa yang tinggi dalam badan mereka, kata kerajaan Jepun semalam.

Menurut Institut Kebangsaan Penyakit Minamata, paras raksa yang tinggi melebihi paras kebangsaan dikesan berada di dalam tubuh penduduk kampung tersebut.

Namun ujian lanjut yang dilakukan mendapati tiada kesan sampingan berlaku disebabkan kandungan raksa yang tinggi itu.

Ujian itu melibatkan beberapa sampel rambut daripada 1,137 orang daripada 3,500 penduduk kampung.

Keracunan raksa merupakan satu topik yang sensitif di Jepun kerana penyakit Minamata itu dikaitkan dengan pembuangan sisa bahan itu oleh sebuah syarikat di selatan Jepun sehingga menyebabkan penduduk mengalami kekejangan, kehilangan deria dan kecacatan anggota bayi yang baru lahir serta boleh membawa maut. – AFP

Tiada ulasan: