Dipetik dari Komik Arena 5hb Mei 2010
Majalah terkenal ORICON STYLE telah keluarkan hasil undian Pengasas Fesyen Undian Pelajar Perempuan Sekolah Tinggi untuk kali ketiga yang pernah dimenangi Kimura Kaela pada 2008 dan Amuro Namie pada 2009. Aktres Miyazaki Aoi mendapat tempat pertama untuk tahun ini dan bersaing dengan Becky.
Miyazaki mendapat undian tertinggi kerana penampilan semula jadi yang sesuai dengannya. Miyazaki banyak membintangi iklan komersial dan selalu digambarkan sebagai pencinta alam semula jadi dan menyokong imej ini di dalam kariernya.
Melalui laman perhubungan sosial Jepun ‘mixi’, gaya Gadis Hutan ini digambarkan sebagai gaya dipakai oleh gadis bertemakan alam sekitar yang amat bergaya. Terma ini turut digunakan di kebanyakan majalah fesyen dan sekolah tinggi.
Becky turut tersenarai dan telah menduduki lima tangga terbaik selama tiga tahun berturut-turut. Gayanya dengan pakaian berwarna-warni banyak tinggalkan kesan positif dalam budaya menghargai warna.
Kimura Kaela juga menduduki 10 tangga teratas dan terkenal dengan gaya tersendiri. Kebanyakan nama yang tersenarai terkenal dengan gaya unik dan memasukkan minat ke dalam gaya mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan