Sabtu, 8 Mei 2010

Mukai Osamu Sebabkan Kemalangan

Dipetik dari Komik Arena 5hb Mei 2010

Pelakon Mukai Osamu (28) adalah antara bintang terbaru yang terlibat dalam kemalangan. Keretanya telah melanggar kereta lain di daerah Setagaya, Tokyo.

Mukai dalam perjalanan ke sesi penggambaran siri drama Gegege no Nyoubou dan sekitar jam 10.30 pagi, keretanya bertembung dengan kereta lain yang berhenti di simpang empat.

Mukai dilaporkan memberitahu bahawa lampu isyarat telah bertukar kepada hijau, jadi dia menjangkakan kereta di depannya akan bergerak.

Pemandu dan penumpang kereta berkenaan mengalami kecederaan ringandi leher manakala Mukai pula tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Tiada ulasan: