Selasa, 4 Mei 2010

Gackt Berpindah ke Avex dan Mungkin Jelajah ke Eropah

Dipetik dari Komik Remaja 3hb Mei 2010

Gackt telah membuat pengumuman bahawa dia baru saja menandatangani kontrak baru bersama Avex. Single pertamanya di bawah label ini dijadualkan pada 16 Jun, tetapi masih belum ada maklumat lebih lanjut tentangnya.

Bermula pada 10 Jun, Gackt akan membuat konsert jelajah Zepp seluruh negara sebagai sebahagian daripada kumpulan Yellow Fried Chickens. Zepp adalah kumpulan dewan muzik Jepun yang meliputi setiap kawasan negara itu. Jelajah ini akan dibuat sehingga 20 Ogos dengan 24 buah konsert yang telah dijadualkan.

Selain itu, akhbar Sankei Sports melaporkan bahawa Gackt bercadang untuk melakukan konsert jelajah Eropah yang pertamanya pada musim panas ini namun masih belum ada kata putus.

Tiada ulasan: