Rabu, 5 Mei 2010

Wanita Tertua Dunia Meninggal

Tokyo: 4hb Mei - Wanita tertua Kama Chinen, meninggal dunia seminggu sebelum ulang tahun kelahirannya ke 115, menurut Kaoru Shijima, jurucakap di pusat jagaan Nanjo.

Beliau yang menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di pusat jagaan Nanjo di tenggara Okinawa dilahirkan pada 10 Mei 1895, menurut kumpulan penyelidik gerontologi yang menjejaki individu berusia lanjut.

Beliau menjadi orang tertua di dunia selepas Gertrude Baines meninggal dunia pada usia 115 tahun di hospital Los Angeles pada September lalu.

Manusia tertua kini, Eugine Blanchard berusia 114 tahun, seorang rakyat Perancis yang lahir pada 16 Februari 1896.

Tiada ulasan: