Pada pertengahan bulan lepas, Lawson, salah satu rangkaian kedai serbaneka terbesar di Jepun telah membuka sebuah kedai yang bertemakan Neon Genesis Evangelion di Tokyo – III, bandar fiksyen di dalam EVA yang terletak di Hakone, Wilayah Kanagawa.
Kedai ini dijadualkan untuk beroperasi sehingga 17 Mei tetapi telah ditutup beberapa hari kemudian kerana diserbu oleh ‘tentera Otaku’.
Kekurangan tempat meletak kenderaan, terlalu bising dan terlalu ramai pelawat terutamanya ketika hujung minggu adalah antara alasan penutupannya.
Lawson bimbang ia akan mendatangkan kesan buruk besar pada penduduk tempatan. Setakat ini Lawson masih belum memberikan kata putus sama ada akan membuka semula kedai tersebut selepas keadaan semakin pulih, tetapi para peminat sudah pun menyarankan supaya kedai itu dibuka secara tetap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan