Ahad, 23 Mei 2010

Takizawa Buat Persembahan Khas Sempena Hari Kanak-kanak

Dipetik dari Komik Arena 20hb Mei 2010

Takizawa Hideaki kini membuat 52 persembahan khas dengan produksi sendiri, Takizuki Kabuki di Nissei Theatre bermula 4 April sehingga 8 Mei.

Lima dari persembahan ini bertajuk Persembahan Istimewa Hari Kanak-kanak yang dimulakan dengan persembahan bab pertama Kochiguma diikuti dengan ‘bahagian kanak-kanak’ tanpa persembahan adegan pertarungan.

Takizawa membawa watak hero skuadron TAKI Ranger dan menari bersama kanak-kanak di kalangan penonton di atas pentas.

Selepas persembahan, dia mengambil gambar bersama 230 kanak-kanak di ruang legar teater. Dia agak mahir memujuk seorang bayi di pangkuannya dan mengakui ini kerana dia mempunyai ramai anak saudara.

Dia juga mempunyai impian memiliki anak sendiri, cuma dia tidak boleh abaikan pendapat seniornya.

Hari Kanak-kanak adalah hari cuti umum di Jepun dan dikenali sebagai Tango no Sekku. Ia disambut setiap 5 Mei dan asalnya disambut untuk budak lelaki sahaja. Kini, ia disambut oleh semua kanak-kanak di Jepun.

Tiada ulasan: