Khamis, 20 Mei 2010

Jelajah Asia Anzen Chitai

Dipetik dari Komik Remaja 17hb Mei 2010

Anzen Chitai akan melancarkan konsert jelajah Asia pada tahun ini. Kumpulan ini akan membuat persembahan pertama di Hong Kong dan beberapa pertunjukan pertama di Taiwan dan Korea.

Anzen Chitai memulakan jelajah di Jepun pada 3 Julai dan akan berterusan sehingga 3 Oktober.

Tiga konsert kumpulan ini di Hong Kong, Taiwan dan Korea telah dijadualkan untuk dibuat pada penghujung jelajah tersebut, antara lewat September dan awal Oktober.

Menurut sumber yang dekat dengan kumpulan itu, Anzen Chitai menerima tawaran konsert daripada beberapa negara sebaik saja mengumumkan kepulangan mereka pada Januari lalu.

Maklumat lebih terperinci dijangka akan diumumkan pada 24 Mei, sewaktu persidangan akhbar di Hong Kong.

Tiada ulasan: