Dipetik dari Komik Arena 20hb Mei 2010
Aktres Fukuda Kyoko terpilih sebagai seiyu untuk filem terbaru terbitan Disney, Alice In Wonderland bagi versi Jepun sebagai White Queen.
Fukuda telah muncul bagi setiap acara lengkap berpakaian seperti White Queen yang serba putih.
Satu kuiz telah diadakan dan menerima sebanyak 11,259 penyertaan di mana 90% darinya memberi jawapan tepat tentang peranan Fukuda sebagai White Queen.
Filem ini mencabar baginya walau pun pernah muncul di dalam Yatterman versi Nippon TV Anime. Ini kerana untuk menyamakan gerak bibir dengan bintang asalnya, Anne Hathaway bukan mudah.
Dia juga alami kesukaran untuk berpakaian seperti White Queen kerana satu kesilapan yang kecil boleh akibatkannya kelihatan seperti hantu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan